Thursday, March 1

Evolusi Akal

Prologue:

Sebab ari nih tak byk keje, membuatkan aku byk berpikir. Memikirkan benda² yg selama ini kurang aku pikirkan, atau lebih tepat lagi amat jarang aku monologkan/ diskusikan/ fikirkan. Kenapa kelihatan ko ketawa² kecil seolah² seperti ko cuba menidakkan keupayaan aku utk berfikir secara normal? Adakah tidak mampu bagi aku yg kadang kala berpikir seperti seekor itik dikala sedang enak berenang² utk memikirkan sesuatu yg kadangkala hanya bisa difikirkan oleh golongan cendiakawan, cerdik pandai, genius² ataupun pemenang anugerah Nobel yg tentunya tidak bisa utk aku memenanginya????


Bab 01:

Terperangkap di dlm kesesakan lalu lintas semasa perjalanan ke opis tadi meng"enable"kan aku utk melihat satu incident. Biar pon pada mata kasar incident itu umpama drama² cinta yg byk membanjiri kaca² tv dan bisa mendapat jumlah rating yg tinggi berbanding rancangan² berunsurkan pendidikan (long live Discovery Channel !!!)

Lakon balik:

GF: Awak punya pasal la ni saya lambat !!!
BF: Kenapa salah saya plak?
GF: Salah awak la.....kalau tak pasal tayar moto awak tu pancit, dah lama saya masuk opis.
BF: .............

Kenape perempuan tadi menyalahkan lelaki tu? Aper logicnya di situ? Adakah hanya kerana tayar yg pancit itu membuatkan awek tadi lambat untuk menumbuk kadnya? Bagaimana bisa seorg lelaki itu tau bila tayar motonya akan pancit? Adakah hanya kerana tayar moto pancit perempuan tadi lambat ke opis? Kalau perempuan tadi naik teksi dier akan sampai ke opis awal ke?

Bab 02:

Tika aku menaip bab ini, semacam ada suatu benda menusuk² ke otak aku lantas mengaktifkan membran² serta neuron² yg selama ini agak kurang keaktifannya. Terasa seperti ader satu kuasa mistik cuba mengetuk² ruang medula oblongata, cuba utk memberitahu aku sesuatu. Suatu hakikat yg benar, hakiki dan tidak boleh disangkal yg menerbitkan satu perasaan. Perasaan yg biasanya hanya aku rasai bila tiba waktu utk masuk ke alam lain.

Ah, terasa lagi kuasa mistik itu......bagaikan ada satu entiti lain yg berada di dlm kepala aku, berkata² kepada aku. Persetankan, malas aku melayan suara itu. Tapi........

Hmmmm.....nampaknya aku terpaksa tunduk kpd suara itu. Mari la kita pegi tidur zzzzzzzzzzzzzzz............................

Bab 03:

Aku berdiskusi ngan Bilal Ali tadi.

"Moja, kalau ko betul² berakal...apa yg ada di hujung daun tu" kata Bilal Ali sambil menunjuk kearah pokok yg ada di atas meja aku.

"errrr.....ada air kot bang", balas aku.

"salah, cuba ko amati betul²...fikir sedalam² nya sebelom jawab", kata Bilal Ali.

Macam² jawapan yg aku kasi, tp semuanya ditolak mentah² oleh Bilal Ali. Jemu utk berfikir lagi, aku terus meminta jawapan yg sebetulnya.

"Di hujung daun itu la ada tanda kebesaran Ilahi", jawab Bilal Ali dgn tenang.

Terkedu aku.......

Bersambung............

2 Org Dah Pangkah!:

Anonymous said...

adik moja semakin matang sekarang, mukin seru utk ke alam yg lebih mencabar sudah sampai. kamon.. moja boleh!

-Arsenal je yg tak boleh2 brghahahaha.

Anonymous said...

itu mojacoz yg aku kenali ke yg menulis tu..? wah, satu improvement yg positif..

Copyright © 2005-2010 Moja's World | All Right Reserved
Best viewed with Internet Explorer 6 and above, Firefox 3.0 and above
Last Modified: February 10, 2010