Monday, September 8

Terkonang Maso Kocik² Dulu: Edisi Bulan Puasa 2

Tiap² kali aku tgk cite² pasal kerempitan mat² motor di kaca televisyen mahupun majalah² wanita di dlm @ luar negeri, aku mesti tersenyum sensorang. Kadang² rasa cam nak ketawa kaw² pon ada, rasa cam nak pi lempang sekor² pon ada (nih bila diorg bakar² motor depan umah aku la) dan lain² rasa baba's lagi. Tp yg buat aku tersenyum sebab aku adalah salah sorang dr kutu² rempit yg dibenci org suatu masa dulu

Rewind balik kira² 6~7 tahun yg lepas..............

Nama aku Moja. Aku adalah salah sekor seorg dr mat² rempit yg menghantui tido mlm korang dgn bunyik² yg bisa membuatkan korang berasa ketidakpuasan hati terhadap kaum kami.

Tp, kami pedulik hapa?

Ape sgt la kata² carutan dr korang kalau nak dibandingkan dgn kepuasan membawa moto² yg telah dimodified sesedap rasa yg bisa mencapai kelajuan mengatasi cahaya (aku tipu je nih) membelah mlm dgn disaingi perempit² lain. Ah.....indah betul saat itu.

Tp....aku bukan nak cite pasal keseronokan merempit nih. Aku nak cerita pasal aper yg terjadi kat aku smalam. perlu diingat di sini, aku adalah mangsa yg tidak bersalah dlm kes ini.

Mlm tadi aku bwk moto kesayangan aku pusing², sekadar utk memanaskan engine. Ye la....engine kene selalu dipanaskan, kalau tak cukup kepanasan dier cemana nak perform kan? Sedang aku bersuka ria beramah mesra bersama moto aku, tetiba kedengaran bunyik siren dr arah belakang. Bila aku toleh je, kelihatan enchek otek sedang melambai² di atas kuda putihnya kearah aku...isyarat menyuruh aku berhenti di tepi jalan. Hoh......gile hapo nak berenti? dah la aku tak bwk lesen....nak mampos kene saman? Saman yg kene bulan lepas pon aku tak settle lagi.

Memikirkan kondisi pocket aku yg agak kurang hensemnye di kala itu, maka dgn lafaz Bismillah aku pulas throttle sekuat hati. Cubaan nak melarikan diri nih. Otek tu bila dah tgk aku pulas throttle, dier pon henjut kuda putih dier. Aku cilok ke kiri, dier cilok ke kanan. Aku layan corner cecah lutut, dier layan corner cecah telinga. Aku buat up tayar depan, dier up tayar belakang. Kira²nya sengit la perlumbaan antara otek tu dgn aku.

Sekali aku nampak peluang masuk highway federal. Takde pikir byk aku masuk highway & pulas throttle sekuat hati serta meniarap di atas motor ala² superman.

Sedikit tips dr bekas mat rempit:

"Korang kene buat stail ala² Superman kalau nak laju, baru bley potong angin. Nak lagi best, make sure badan korang selari dgn seat korang. Takat 160kmh takde masalah la"

Berbalik pada cerita:

Di kala aku tgh sedap² menyupoman tu, tetiba selamba je otek tadi lalu sebelah aku dgn kuda putih dier sambil berkata:

"Dah abis pulas throttle dah?"

Hoh......satu kata² penghinaan tu. Tanpa pikir byk, aku kembali ke posisi normal memandangkan technique memotong angin aku tidak berjaya. Dr highway tu aku masuk ikut Batu 3 menghala ke arah kilang² di sana dgn harapan aku bisa mengunakan lokasi kilang² tersebut yg berselerakan sebagai advantage point aku. Ye la....kalau dah superman pon dier bley selamba kejar, aper la sgt kan takat nak tangkap aku skang kan?

Aku masuk ikut jln² kilang tu, cilok sana cilok sini. Masuk jalan sana keluar jalan sini. Berpusing² aku dlm area tu. Sekali aku nampak satu opening.......

Aku buat² slow down moto kunun² nak menyerah diri la. Otek tu pon ikut slowkan kuda putih dier. Sekali dah nak dekat tu, aku pulas balik throttle aku. Aku berasakan otek tu mesti terkejut dgn tidakan aku kerana dier seakan terkedu. Aku masuk ikut jalan depan kilang pampers, nyuruk kat belakang pondok guard kilang tu dan matikan engine moto. Senyap je suasana tika itu. Sekali otek tu melintas betul² depan pondok guard tu menghala ke hujung jalan. 5 minit, 10 minit dan setelah 2 btg rokok habis, masih lagi senyap. Takde plak kelihatan otek tu. Takde pikir byk, start moto cabut balim umah ikut jln dlm. Sampai je umah buat muka tak bersalah masuk bilik dan lepak atas katil. Tetiba aku terpikir, kalau aku dpt cakap cenggini kat otek tu kan best:

"Dah abis pulas throttle tu kejar saya tok? hohohohohohoho"

Moja: aku dah insaf......

Tuesday, September 2

Terkonang Maso Kocik² Dulu: Edisi Bulan Puasa

Yaaaaaaaaaaaaaaa..........siri layan blues masa lepak sensorang dah kembali. Since skang bulan puasa, makan maka siri "Terkonang" kali nih bertemakan edisi bulan puasa.

Masa kecik
² dulu, aku adalah diantara budak² yg cukup malas nak puasa (kecik di sini adalah semasa aku berusia sekitar 9-10 tahun) Antara geng² tak puasa aku dulu adalah Amar, Izzat, Iwan, Jamal ngan Amir gemok. Kira²nya di kala itu kitorg rasa cam kitorg dah jadik cam geng 6 Jahannam la.

Slalunya kalau kitorg tak puasa (mcm selama tu puasa, hapo la) kitorg akan lepak kat umah Amar sebab umah dier clear. Mak dier sama bapak dier keje, abg dier plak lagi tabley pakai. Ada ke kitorg dtg lepak
² (Baca: nak makan) dier bley selamba isap rokok sambil tgk tv. Mmg kuang hajo betul perangai. "Dah la tak hensem, buruk perangai plak tu", kata aku (tp kata dlm hati la, kene dier dgr tak ke mampos aku?)

Selain dr sebab makbapak Amar takde kat umah, salah satu sebab kitorg suka "berbuka puasa" kat rumah dier adalah kerana umah dier ada microgenius. Kan enak rasanya "berbuka puasa" sambil bermain microgenius. Kene plak semasa activity "berbuka puasa" tu, ada plak balaci yg pi beli makanan kat pasar ramadan. Satu yg bestnye pasal makbapak Amar nih ialah diorg akan tinggalkan duit belanja kat anak dier tiap
² hari. Bukan sikit diorg tinggal, sekali tinggal 4 hengget. Zaman tu 4 hengget rasa cam dpt 40 hengget dah, mcm² bley beli. Yg tak bestnye plak, abg dier plak kaki pow. dr 4 hengget tu, dier bley powe separuh. "Kojo dah la malas, pow duit org plak. Sib baik ko besa, kalau kecik dah lama aku tibai", kata aku dlm hati lagi.

Tp mmg betul la org cakap. Buat baik berpada
², buat jahat jgn sekali. Ingatkan bley la jadikkan umah Amar sebagai port sampai mati, sekali terkantoi gak. Kitorg terkantoi tak puasa bila bapak dier tetiba balik waktu tgh hari. Menggelipit kitorg lari nak selamatkan diri. Ingatkan dah selamat, sekali bapak dier bley pi sound bapak² kitorg. Siap bwk Amar sebagai bahan bukti. Yg Amar plak baru kene saiko skit dah abis pecah lubang. Ko mmg hampeh la Amar, tabley kene saiko langsung hahahahahahaha.

Moja: Sib baik la kitorg terkantoi, kalau tak sampai tua la tak puasa.

Sedutan post akan dtg: "dah abis pulas ke throttle tu?"

Thursday, August 21

Satu, Dua, Tiga & Empat Cerita

Cerita Satu: Bila Nobita berjumpa Doraemon

Arakian pada satu ptg yg hening, di satu rumah di Jepun, di waktu itu musim luruh pula. Kelihatan di hujung horizon helaian bunga² sakura melayang² ditiup angin musim luruh, petanda akan berakhirnya musim luruh tidak lama lagi.


Di satu sudut rumah pula, kelihatan seorg budak lelaki berkaca mata bulat sedang bercakap² dgn kucing robot berkaler biru berperut putih dgn sakunya yg penuh dgn gadget² ajaib.


"Doraemon², ada tak alat yg boley buat aku terbang?", tanya budak berkaca mata bulat tadi.

"Tadaaaaaaaaaa.......buluh terbang", kata Doraemon sambil mengeluarkan alat tersebut dr sakunya dgn diiringi muzik riang.

"Wahhhhhhhhhhhh.....dgn alat ini musti kita buley terbang bersama² burung di angkasa", kata budak itu lagi.

"Sudah tentu, marey kita cuba", balas Doraemon.

Maka setelah memakai alat tadi, mereka berdua pon terbang ke langit menghala ke rumah Sizuka.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cerita Dua: Tadaaaaaaaaaaaa...............

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.............


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cerita Tiga: Seekor arnab bernama Ricky

Seekor arnab kaler hijo bernama Ricky, hadiah pertama yg aku dpt dr wife aku


p/s: Kelihatan Ricky cuba mengganggu kerja aku ari nih. Jahat punya Ricky !!!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cerita Empat: Tiada (Kopipes dr blog
nih )

Warning: Post ini agak berat sedikit isi kandungannya!!!

Sememangnya aku tak ada topik yang nak dituliskan. Tapi aku belum boleh melelapkan mata disebabkan otak yang belum mahu tidur walaupun badan sudahpun penat. Dia mahu berpikir dan aku tak boleh menghentikannya. Tulisan ini bukan aku yang tulis. Semua ini otak aku yang punya idea. Perkataan 'aku' untuk perenggan seterusnya merujuk kepada otak aku. Manakala aku, dalam ertikata jiwa, roh serta tubuh badan aku, sudahpun mahu masuk tidur. Selamat malam diucapkan.

Aku selalu ketawa melihat manusia yang sibuk mengejar perkara yang ada tapi tidak pernah mengejar perkara yang tiada. Tapi tak boleh disalahkan mereka, sebab perkara yang tiada itu tak pernah terlihat dan terpikir oleh mereka. Hakikatnya tiada itu ada. Masakan boleh ada perkataan tiada jika tiada itu tiada?

Ketiadaan itu ada. Mencari ketiadaan itu payah jika jiwa manusia berada di alam yang penuh keadaan. Selagi diri merasa ada, tiada itu dirasakan tiada. Soalnya, adakah diri itu betul-betul ada?

Jika aku boleh bersuara, akan aku tanya pada tubuh yang menyimpanku ini, "apakah yang engkau ada?". Aku pasti jawapannya sangat banyak. Pastinya bermacam-macam benda yang akan disebutkan olehnya. Walau apapun jawapannya, walau berjuta perkara yang ada olehnya, jawapannya tiada.

Amboi. Nyenyak betul jiwa dan tubuh yang menyimpanku ini tidur. Aku mendengar dengkurannya. Sudah jauh dari sedar.

Berbalik pada topik tadi, walau apapun jawapannya, ia disebabkan oleh penyimpanku ini hidup dalam dunia yang ada. Sudah pasti jawapannya dipenuhi keadaan. Keadaan itu membuatkan dia lupa tentang ketiadaan, yang mana ia lebih ada dari apa yang ada padanya.

Carilah ketiadaan. Ia lebih susah daripada mencari yang ada.

Lihat disini. Apa yang ada dan apa yang tiada?


Moja: End of transmission

Wednesday, August 20

Countdown: Puasa

Kali nih aku nak buat stail pointform plak. Rasa cam malas la plak nak tulis panjang², lagipon nih bukannya karangan bergambar kan? So kita start ngan point yg ketama
  • Lagi 11 hari dah nak puasa.
  • Puasa tahun nih cam sama je seperti², yg lainnye tahun nih aku puasa sama org rumah. Cam tak pecaya je saya dah kawin hahahahaha.
  • Aku rasa puasa tahun nih takkan ada acara grill mengerill seperti tahun² lepas pasal parents aku dah duk Putrajaya
  • Rafi (nama lain bagi Kudin) akan pening kepala pasal wife dier akan bersalin pas raya (dah nak jadik bapak dah ko eh)
  • Aku dpt membygkan aku akan jadik tokey mercun (walaupun aku takde supplier lagi)
  • Berkemungkinan besar Syed & Yahya akan slalu meminjam kunci bilik server aku utk Ops Tido Di Waktu Kerja
  • Lesen memancing aku akan dibekukan oleh Menteri Besar aku sehingga diberitahu kelak <---- yg nih aku rasa cam betul² akan terjadi
  • Aku membayangkan Yang yg penuh tepung di tgn kerana membuat kuih raya <---- yg nih tatau lagi
  • Adi akan terus membesokan perut dier dgn adanya pasar² ramadhan kat area umah dier
  • Aku akan pegi carik balik roti john yg sedap tu. Tatau roti john aper? ko bley refer kat post nih
  • Bapak aku akan kasi duit raya kat aku <----- yg nih mmg takde laaaaaaaa
Moja: Puasa nih aku bertekad nak turunkan berat sampai jadik 50kg je

Thursday, July 31

Segmen Masak² Bersama Moja

Aper yg korang paling tak suka skali bila tiba masa memasak? Maksud memasak di sini bukanlah memasak maggi, air, nasik, main masak². Memasak di sini bermaksud memasak lauk pauk utk makan lunch, makan mlm ataupun makan tghmlm (slalunya mkn tghmlm hanya berlaku di kedai² mapley shj)

Smalam aku tolong wife aku masak utk mkn mlm. Woit, kenape aku lihat ko tersenyum² di situ? Tu nak mengkatak aku la tu. Tak elok betul. Anyway, masa aku sampai umah smalam, aku tgk Yang tgh bertungkus lumus membanting tulang memasak kat dapur (takkan masak dlm toilet plak kan? hapo la aku nih hahahahaha)

Oleh kerana aku nak jadik seekor seorg husband yg baik, maka dgn muka tak malunya aku mengofferkan diri andai kata ada aper² yg bley aku tolong.

"Takpe la, U pi la mandi dulu", dier kata.

"Ala, jap lagi I mandi la. So ada aper² tak I bley tolong", aku jawab.

"Hmmmm...camtu tolong tumbuk ikan bilis nih sampai hancur", dier plak jawab.

So aku pong tumbuk la ikan bilis tu. Giler bersungguh² aku tumbuk sambil tgk astro. Dlm 5 minutes, aku tgk ikan bilis tu tak gak hancur². Aku tumbuk lagi....2 minutes pastu tgk lagi skali tak gak hancur². Trus aku tanya wife aku dah ok ke tak (padahal dlm hati mmg dah tau tak ok lagi, cubaan melarikan diri nih sebenarnya). Dier kata kene tumbuk lagi. Trus aku pikir dlm kepala........

"Tetiba suggestion pi mandi tadi sound much better than tumbuk ikan bilis nih"

Anyway, dinner mlm tadi mmg best Yang. Eventhough begedil (ke pegedil?) tu cam lembik² skit. I ingat kene taruk tepung la.

Moja: mmg tak istiqamah betul aku nih bila sampai part keje² dapur nih hahahahaha

Tuesday, July 29

Siri Bercakap Dgn Moja

Hmmmm.....last aku tulis blog nih lebih kurang 9 bulan yg lepas. Giler lama arrrrr, kalah aku ada wife time tu dah wife aku kebetulan pregnant, dah nak dekat bersalin dah pon. Di sini jelas menunjukkan yg aku mmg la seorg yg pemalas bila sampai ke bab menulis nih (menulis shj, bab lain aku rajin hahahahaha)

Jadik utk series comeback yg ke-sejuta kali nyer nih, aku berkira² nak menulis dgn mode serius. Oleh kerana kita berada dlm mode serius, tajuk post kali ini lebih kurang begini:

Bercakap dgn Moja (tajuk ala² buku cerita seram sekitar tahun 90-an dulu)

Aku bersembang dgn kwn talian aku smalam. Mcm² soklan yg member aku tanya.

Q: Ko dah makan lunch?
Q: Ko tanak main bola ke Jumaat nih?
Q: Kat mana nak beli lesung batu? (haaa, yg nih aku yg tanya, jadik sila abaikan)

Sume soklan² tu enteng /gampang /mudah banget /soklan mudah utk dijawab. Mcm² jawapan aku bley kasi. Sebagai cth, soklan pertama. Aku bley je jawab aku belum makan lunch dgn harapan member aku akan mengoffer aku utk pi makan bersama dier (dibelanja, bukan aku kene bayar sendiri). Sebab aper aku cakap senang nak jawab soklan² camtu? Sebab soklan² camtu amat kacang utk aku gorengkan atau bahasa kasarnya senang aku nak kencing (kan aku dah cakap, bahasa nih agak kasar serta lucah sedikit bunyiknya)

Tapikan................

Cam tak best la plak cite serius² nih. Kita tukar topic lain. Aku rasa aku nak cite pasal trip aku pi Bali la. Terima kasih kpd mak mertua aku kerana sponsor trip nih (iklan ini ditaja oleh Kedai Ikan Lalapan Tepi Jalan). Kenape muka ko kerut² bila aku cakap mak mertua? Asal? tak percaya aku dah ada mak mertua? hahahahhahahaha

6 hari aku kat sana, balik² je dah mcm anak *tut* (word ini terpaksa disensoredkan kerana sensitivi kaum). Golap bona kulit aku, sunbeam sunburn tak ingat punya. Itu pun sib baik aku tak pi baring tepi pantai bukak² baju cam mat salleh pahlawan Sabah, kalau tak lagi la gelap cam negro hahahahaha.

Kenapa aku suka pi Bali: <---- ayat cam dah pi 8 juta kali je hahahaha

1. Gurami bakar
2. Hotel dier murah
3. Bley main water ski walaupun aku tak pandai main
4. Pantai dier best
5. Gadis dier comey²
6. Bla bla bla

Tapi kan, aku agak kurang berpuas hati kat Bali nih. Org² kat sini suka kerumun tourist utk jual barang² diorg. Pening giler aku kene kerumun camtu. Cam ada sorang budak nih, time tu kitorg pi mandi waterfall. Sepanjang jalan budak nih follow je kitorg paksa² beli barang dier. Siap buat suara sedih²

"Belanja yaaa, cuma Rp1000 aja, buat bekal sekolah esok yaaaaa"

Bila aku cakap tanak, dier follow je aku sampai la nak keluar dr kawasan tu. Siap cakap aku kedekut lagi (Kocik² dah pandai kutuk² org, beso sok tatau la jadik aper). Tu tak kira lagi ada budak pompuan kecik. Sama gak perangai, tinggal lagi tak cakap aku kedekut je. Tp budak pompuan nih siap pow wife aku (yaaaa....aku sudah kawin, jadik kpd gadis
² diluar sana anggap je la kita takde jodoh hahahahaha) nak masuk toilet.

Tp yg paling bestnye, aku balik² je M'sia torus demam. Tak pasal² Isnin tu kene MC. Yg lagi best tu, ari Selasa masuk² je opis sume senyum² kat aku. Apo sonyum²? Korang ingat aku tatau aper korang pikir? hahahahahahaha

Moja: <------- Sudah ada wife
Copyright © 2005-2010 Moja's World | All Right Reserved
Best viewed with Internet Explorer 6 and above, Firefox 3.0 and above
Last Modified: February 10, 2010