Tuesday, March 6

Evolusi Akal: Part 2

Bab 4

Pelik aku bila tgk certain individu. Each time diorg buat salah, dgn pantas otak akan menghantar signal utk meletakkan kesalahan mereka kpd individu yg lain. Ringan saja jari jemari mereka menuding jari kearah org lain. Kenapa harus menuding jari kearah org lain oleh kerana kesilapan sendiri? Sedar ke kita yg setiap kali jari menuding, 1 jari menuding org lain dan 3 lagi jari menuding tepat kearah kita? Harus diingat di sini, jari tgn sahaja yg digunakan utk menunding kearah org lain. Jika penunjuk menggunakan jari kaki, maka haruslah bagi org yg ditunjuki oleh jari kaki tersebut menempeleng si penunjuk tadi kerana kekurang ajarannya.

Bab 5

Manusia suka menggunakan perkataaan takdir. Skit² takdir, skit² takdir. Bila berlaku perkara yg baik, takde plak cakap aper² tp bila berlaku sesuatu yg buruk, laju je cakap "dah takdir, nak buat cemane?"

Press: Aper perasaan cik X bila kawin dgn Dato W?
Cik X: Saya rasa amat seronok, bahagia tak terkata.
Press: Apa pandangan cik X bila ader certain² pihak mencemuh perkahwinan cik ngan Dato W dgn alasan Dato W terlalu tua utk cik X?
Cik X: Saya cuma boley cakap dah takdir saya berkahwin ngan Dato W. Tu suma ketentuan Ilahi.

Mudah je bercakap. Bila dapat kahwin dgn Dato yg beraset jutaan ringgit, itu takdir dan ketentuan Ilahi. Cuba kalau kawin ngan pekebun sayur yg beraset tanah sekangkang kera? Adakah bisa mulut itu berkata "Dah itu takdir saya, ketentuan Ilahi" ?

Penutup

Berapa kerat dr kita yg menggunakan sepenuhnya akal kurniaan Ilahi? Mengikut kajian, manusia menggunakan kurang dari 6% secara puratanya. Albert Einstein dikatakan menggunakan lebih dr 6% keupayaan otaknya. Dgn penggunaan sebanyak itu, maka terhasil la Teori Kerelatifan (E=MC²).

Kenapa kita tanak pakai akal kurniaan Tuhan dgn sepenuhnya? Perlu diingat, akal lah yg membezakan kita dgn seekor haiwan. Haiwan ada otak, manusia ada otak. Haiwan ada kaki, manusia ada kaki. Haiwan berbulu², manusia pon bley tahan jugak berbulunya. Haiwan takde akal, manusia byk akal dier. 1-0 to manusia.

Bila sesorg manusia dah sedar utk menggunakan akal instead of otak, maka di waktu itu la Evolusi Akal bermula......

Moja: Evolusi Akal Berterusan..................

1 Org Dah Pangkah!:

Anonymous said...

Sgt setuju dgn evolusi otak ko nih..
Untuk membuktikan betapa pentingnya akal/fikiran ialah Allah swt sendiri memerintahkan bhw Al-Quran itu hanyalah untuk orang yg berfikir. Kerana dgn berfikir shjlah baru orang dapat memahami Al-Quran dan mengambil pelajaran dari Al-Quran.

Copyright © 2005-2010 Moja's World | All Right Reserved
Best viewed with Internet Explorer 6 and above, Firefox 3.0 and above
Last Modified: February 10, 2010