Thursday, March 15

Amuk????

Nih adalah post yg ke-4 utk bulan March nih. Rajin plak la aku tulis² blog nih. Cam ada satu mende mengusik² jari jemari aku nih utk menari² di atas keyboard sambil otak ligat memikir aper yg aku nak type.

2-3 menjak nih, selalu sgt org menguji kesabaran aku. Bukan sekali dua, berkali² diorg uji.....sampai ada masanya aku rasa cam nak explode. Serious woooo.....rasa cam nak explode je. BTW, perlu diingatkan disini: explode yg aku maksudkan bukan nye meletup cam letupan bom nuklear ataupun letupan meriam buluh time raya. Sama sekali tidak ada kene mengena dgn letupan² yg kedengaran semasa ko cuba mematah² kan jari jemari ko.....speaker sony explode pon bukan (errr Yang, b'day present tahun nih I nak full set speaker sony explode bley?). Senang cite, explode disini bermaksud aku rasa cam nak mengamuk.

Seingat aku, aku bukan la jenis org yg senang nak merah marah, angin @ mengamuk. Kalau tak caya cuba tanya kengkawan aku. Serasa
² aku, ader la 2-3 kali je aku mengamuk sejak² usia meningkat nih. Cemane punya marah pon aku, aku mesti tersenyum je......buat cam aku tak marah. Is that a wise decision? ntah la.....

Cakap pasal mengamuk, teringat memula aku dtg keje kat opis baru nih. Tak sampai 2 bulan dah gaduh ngan orang. Siap cekak
² leher baju tu......time tu penumbuk dah siap angkat dah, tinggal nak hayun je. Kiranya time tu org yg aku nampak depan aku tu bukan collegue lagi la.....aper yg aku ingat, time tu aku cuma nampak sorang musuh yg aku kene eliminate. Mmg cepat tul setan counter aku time tu. Agak² nya, kalau aku hayun gak time tu....musti aku dah keje tpt lain time nih. Aku rasa itu la 1st time aku hilang kawalan semenjak aku keje.......childish sungguh. Abis ilang senyuman aku time tu, sampai org nak tegur aku pon seram hahahahahaha.

Azam utk hari nih dan esok
² nya: Tanak marah², nak senyum selalu & nak beli laptop baru.

moja: Aper kene mengena senyum ngan beli laptop lak???? pelik
²

Tuesday, March 6

Evolusi Akal: Part 2

Bab 4

Pelik aku bila tgk certain individu. Each time diorg buat salah, dgn pantas otak akan menghantar signal utk meletakkan kesalahan mereka kpd individu yg lain. Ringan saja jari jemari mereka menuding jari kearah org lain. Kenapa harus menuding jari kearah org lain oleh kerana kesilapan sendiri? Sedar ke kita yg setiap kali jari menuding, 1 jari menuding org lain dan 3 lagi jari menuding tepat kearah kita? Harus diingat di sini, jari tgn sahaja yg digunakan utk menunding kearah org lain. Jika penunjuk menggunakan jari kaki, maka haruslah bagi org yg ditunjuki oleh jari kaki tersebut menempeleng si penunjuk tadi kerana kekurang ajarannya.

Bab 5

Manusia suka menggunakan perkataaan takdir. Skit² takdir, skit² takdir. Bila berlaku perkara yg baik, takde plak cakap aper² tp bila berlaku sesuatu yg buruk, laju je cakap "dah takdir, nak buat cemane?"

Press: Aper perasaan cik X bila kawin dgn Dato W?
Cik X: Saya rasa amat seronok, bahagia tak terkata.
Press: Apa pandangan cik X bila ader certain² pihak mencemuh perkahwinan cik ngan Dato W dgn alasan Dato W terlalu tua utk cik X?
Cik X: Saya cuma boley cakap dah takdir saya berkahwin ngan Dato W. Tu suma ketentuan Ilahi.

Mudah je bercakap. Bila dapat kahwin dgn Dato yg beraset jutaan ringgit, itu takdir dan ketentuan Ilahi. Cuba kalau kawin ngan pekebun sayur yg beraset tanah sekangkang kera? Adakah bisa mulut itu berkata "Dah itu takdir saya, ketentuan Ilahi" ?

Penutup

Berapa kerat dr kita yg menggunakan sepenuhnya akal kurniaan Ilahi? Mengikut kajian, manusia menggunakan kurang dari 6% secara puratanya. Albert Einstein dikatakan menggunakan lebih dr 6% keupayaan otaknya. Dgn penggunaan sebanyak itu, maka terhasil la Teori Kerelatifan (E=MC²).

Kenapa kita tanak pakai akal kurniaan Tuhan dgn sepenuhnya? Perlu diingat, akal lah yg membezakan kita dgn seekor haiwan. Haiwan ada otak, manusia ada otak. Haiwan ada kaki, manusia ada kaki. Haiwan berbulu², manusia pon bley tahan jugak berbulunya. Haiwan takde akal, manusia byk akal dier. 1-0 to manusia.

Bila sesorg manusia dah sedar utk menggunakan akal instead of otak, maka di waktu itu la Evolusi Akal bermula......

Moja: Evolusi Akal Berterusan..................

Monday, March 5

Terkonang Maso Kocik² Dulu: Season 1

Zaman kanak² aku takde la seindah zaman budak² skang. Zaman kanak² aku dulu takde mainan² ataupun gadjet² seperti yg budak² skang nih ada. Takde PS, PS2, PS3, X-Box, GameBoy, Internet, Computer etc². Tapi takde la zaman kanak² aku mandom je walaupun takde menatang² tersebut. Bila nak berriadah (baca: buat activity² yg tak berpekdah & bakal menyusahkan mak bapak aku), secara automatic kitorg akan jadik creative. Salah satu dr permainan yg poular time aku kecik² dulu ialah main pistol ceri. Ko penah dgr?

Pistol ceri nih adalah sejenis permainan bermusim. Bila aku cakap bermusim nih, maknanya takde la game nih dimainkan sepanjang tahun. Tak jugak bermaksud bila sampai musim main pistol ceri nih, ko tak leh main game lain seperti konda kondi, galah panjang, main nyuruk² dan lain² permainan lagi. Cuma kalau ko tak main, kira cam ko tak mengikuti perkembangan semasa la atau dlm bahasa kasarnya, korang duduk tak bergaul masyarakat ataupun korang dah di"ban" oleh rakan sebaya.

Anyway, musim utk main pistol ceri nih ialah di kala buah ceri sedang berbuah dgn lebatnya seperti lebatnya hujan yg melanda Johor tak lama dulu. Musim ini jugak bley dipengaruhi oleh cerita yg sedang ditayangkan di TV pada waktu itu. Kalau byk cite combat, tak yah tunggu buah ceri lebat pon dah bley main.....tp kebarangkalian ini amat kurang terjadi.

Slalu time² nak start main, kitorg akan divide kan team kepada 2. Satu geng baik a.k.a Askar lagi satu geng jahat a.k.a Komunis. Takde lak kitorg kasi nama team Taliban, maybe pasal masa tu nama Taliban masih blom popular. Pas dah bahagi² kan group (biasanya aku akan join team yg byk org terer tembak² @ kuat) kitorg akan set baper besar kawasan permainan. Selalunya kawasan permainan adalah seluas 2-3 block perumahan dan kawasan ini akan dibahagikan sama rata dan satu tanda akan diletakkan sebagai tanda kawasan. Sesiapa yg dapat mengambil tanda kawasan tersebut dikira menakluki kawasan tersebut dan boley meletakkan tanda kawasannya di situ.

Perlu di ingatkan di sini, hanya pistol ceri sahaja yg boley digunakan. Sumpit, bom tgn, periuk api, kete kebal dan lain² kelengkapan perang adalah diharamkan sama sekali. Tp pasal nak menang punya pasal, aku ngan Kamal create bom air yg dicampur ngan water color. Sekali kene mmg nampak la bekas cam kene bom. Abis itam satu badan, sekali tgk cam anak hindu pon ada. hahahahahahaha. Kamal jugak mempunyai satu tabiat yg sungguh tak elok. Ader ke buah ceri tu dier pi rendam ngan air buah gatal??? Abis gatal satu badan bila kene, bagero punya Kamal. Nasib baik aku satu geng ngan dier, kalau tak ngan aku² skali kene peluru gatal dier tu. Aku marah nih bagi pihak lawan, walaupun aku pon buat gak menatang tu....tp aku bley dimaafkan. Sebab aku kecik lagi, tatau aper².

Sedikit trivia:

Mengikut rekod yg masih dipegang oleh geng Kamal & Minionsnya, penaklukan kawasan terbesar penah di lakukan adalah seluas 2/3 block permainan.

Moja: Kamal, jom main pistol ceri lagi nak???

-1 more post to season finale-

Thursday, March 1

Evolusi Akal

Prologue:

Sebab ari nih tak byk keje, membuatkan aku byk berpikir. Memikirkan benda² yg selama ini kurang aku pikirkan, atau lebih tepat lagi amat jarang aku monologkan/ diskusikan/ fikirkan. Kenapa kelihatan ko ketawa² kecil seolah² seperti ko cuba menidakkan keupayaan aku utk berfikir secara normal? Adakah tidak mampu bagi aku yg kadang kala berpikir seperti seekor itik dikala sedang enak berenang² utk memikirkan sesuatu yg kadangkala hanya bisa difikirkan oleh golongan cendiakawan, cerdik pandai, genius² ataupun pemenang anugerah Nobel yg tentunya tidak bisa utk aku memenanginya????


Bab 01:

Terperangkap di dlm kesesakan lalu lintas semasa perjalanan ke opis tadi meng"enable"kan aku utk melihat satu incident. Biar pon pada mata kasar incident itu umpama drama² cinta yg byk membanjiri kaca² tv dan bisa mendapat jumlah rating yg tinggi berbanding rancangan² berunsurkan pendidikan (long live Discovery Channel !!!)

Lakon balik:

GF: Awak punya pasal la ni saya lambat !!!
BF: Kenapa salah saya plak?
GF: Salah awak la.....kalau tak pasal tayar moto awak tu pancit, dah lama saya masuk opis.
BF: .............

Kenape perempuan tadi menyalahkan lelaki tu? Aper logicnya di situ? Adakah hanya kerana tayar yg pancit itu membuatkan awek tadi lambat untuk menumbuk kadnya? Bagaimana bisa seorg lelaki itu tau bila tayar motonya akan pancit? Adakah hanya kerana tayar moto pancit perempuan tadi lambat ke opis? Kalau perempuan tadi naik teksi dier akan sampai ke opis awal ke?

Bab 02:

Tika aku menaip bab ini, semacam ada suatu benda menusuk² ke otak aku lantas mengaktifkan membran² serta neuron² yg selama ini agak kurang keaktifannya. Terasa seperti ader satu kuasa mistik cuba mengetuk² ruang medula oblongata, cuba utk memberitahu aku sesuatu. Suatu hakikat yg benar, hakiki dan tidak boleh disangkal yg menerbitkan satu perasaan. Perasaan yg biasanya hanya aku rasai bila tiba waktu utk masuk ke alam lain.

Ah, terasa lagi kuasa mistik itu......bagaikan ada satu entiti lain yg berada di dlm kepala aku, berkata² kepada aku. Persetankan, malas aku melayan suara itu. Tapi........

Hmmmm.....nampaknya aku terpaksa tunduk kpd suara itu. Mari la kita pegi tidur zzzzzzzzzzzzzzz............................

Bab 03:

Aku berdiskusi ngan Bilal Ali tadi.

"Moja, kalau ko betul² berakal...apa yg ada di hujung daun tu" kata Bilal Ali sambil menunjuk kearah pokok yg ada di atas meja aku.

"errrr.....ada air kot bang", balas aku.

"salah, cuba ko amati betul²...fikir sedalam² nya sebelom jawab", kata Bilal Ali.

Macam² jawapan yg aku kasi, tp semuanya ditolak mentah² oleh Bilal Ali. Jemu utk berfikir lagi, aku terus meminta jawapan yg sebetulnya.

"Di hujung daun itu la ada tanda kebesaran Ilahi", jawab Bilal Ali dgn tenang.

Terkedu aku.......

Bersambung............
Copyright © 2005-2010 Moja's World | All Right Reserved
Best viewed with Internet Explorer 6 and above, Firefox 3.0 and above
Last Modified: February 10, 2010