Monday, March 5

Terkonang Maso Kocik² Dulu: Season 1

Zaman kanak² aku takde la seindah zaman budak² skang. Zaman kanak² aku dulu takde mainan² ataupun gadjet² seperti yg budak² skang nih ada. Takde PS, PS2, PS3, X-Box, GameBoy, Internet, Computer etc². Tapi takde la zaman kanak² aku mandom je walaupun takde menatang² tersebut. Bila nak berriadah (baca: buat activity² yg tak berpekdah & bakal menyusahkan mak bapak aku), secara automatic kitorg akan jadik creative. Salah satu dr permainan yg poular time aku kecik² dulu ialah main pistol ceri. Ko penah dgr?

Pistol ceri nih adalah sejenis permainan bermusim. Bila aku cakap bermusim nih, maknanya takde la game nih dimainkan sepanjang tahun. Tak jugak bermaksud bila sampai musim main pistol ceri nih, ko tak leh main game lain seperti konda kondi, galah panjang, main nyuruk² dan lain² permainan lagi. Cuma kalau ko tak main, kira cam ko tak mengikuti perkembangan semasa la atau dlm bahasa kasarnya, korang duduk tak bergaul masyarakat ataupun korang dah di"ban" oleh rakan sebaya.

Anyway, musim utk main pistol ceri nih ialah di kala buah ceri sedang berbuah dgn lebatnya seperti lebatnya hujan yg melanda Johor tak lama dulu. Musim ini jugak bley dipengaruhi oleh cerita yg sedang ditayangkan di TV pada waktu itu. Kalau byk cite combat, tak yah tunggu buah ceri lebat pon dah bley main.....tp kebarangkalian ini amat kurang terjadi.

Slalu time² nak start main, kitorg akan divide kan team kepada 2. Satu geng baik a.k.a Askar lagi satu geng jahat a.k.a Komunis. Takde lak kitorg kasi nama team Taliban, maybe pasal masa tu nama Taliban masih blom popular. Pas dah bahagi² kan group (biasanya aku akan join team yg byk org terer tembak² @ kuat) kitorg akan set baper besar kawasan permainan. Selalunya kawasan permainan adalah seluas 2-3 block perumahan dan kawasan ini akan dibahagikan sama rata dan satu tanda akan diletakkan sebagai tanda kawasan. Sesiapa yg dapat mengambil tanda kawasan tersebut dikira menakluki kawasan tersebut dan boley meletakkan tanda kawasannya di situ.

Perlu di ingatkan di sini, hanya pistol ceri sahaja yg boley digunakan. Sumpit, bom tgn, periuk api, kete kebal dan lain² kelengkapan perang adalah diharamkan sama sekali. Tp pasal nak menang punya pasal, aku ngan Kamal create bom air yg dicampur ngan water color. Sekali kene mmg nampak la bekas cam kene bom. Abis itam satu badan, sekali tgk cam anak hindu pon ada. hahahahahahaha. Kamal jugak mempunyai satu tabiat yg sungguh tak elok. Ader ke buah ceri tu dier pi rendam ngan air buah gatal??? Abis gatal satu badan bila kene, bagero punya Kamal. Nasib baik aku satu geng ngan dier, kalau tak ngan aku² skali kene peluru gatal dier tu. Aku marah nih bagi pihak lawan, walaupun aku pon buat gak menatang tu....tp aku bley dimaafkan. Sebab aku kecik lagi, tatau aper².

Sedikit trivia:

Mengikut rekod yg masih dipegang oleh geng Kamal & Minionsnya, penaklukan kawasan terbesar penah di lakukan adalah seluas 2/3 block permainan.

Moja: Kamal, jom main pistol ceri lagi nak???

-1 more post to season finale-

0 Org Dah Pangkah!:

Copyright © 2005-2010 Moja's World | All Right Reserved
Best viewed with Internet Explorer 6 and above, Firefox 3.0 and above
Last Modified: February 10, 2010