Thursday, August 21

Satu, Dua, Tiga & Empat Cerita

Cerita Satu: Bila Nobita berjumpa Doraemon

Arakian pada satu ptg yg hening, di satu rumah di Jepun, di waktu itu musim luruh pula. Kelihatan di hujung horizon helaian bunga² sakura melayang² ditiup angin musim luruh, petanda akan berakhirnya musim luruh tidak lama lagi.


Di satu sudut rumah pula, kelihatan seorg budak lelaki berkaca mata bulat sedang bercakap² dgn kucing robot berkaler biru berperut putih dgn sakunya yg penuh dgn gadget² ajaib.


"Doraemon², ada tak alat yg boley buat aku terbang?", tanya budak berkaca mata bulat tadi.

"Tadaaaaaaaaaa.......buluh terbang", kata Doraemon sambil mengeluarkan alat tersebut dr sakunya dgn diiringi muzik riang.

"Wahhhhhhhhhhhh.....dgn alat ini musti kita buley terbang bersama² burung di angkasa", kata budak itu lagi.

"Sudah tentu, marey kita cuba", balas Doraemon.

Maka setelah memakai alat tadi, mereka berdua pon terbang ke langit menghala ke rumah Sizuka.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cerita Dua: Tadaaaaaaaaaaaa...............

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.............


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cerita Tiga: Seekor arnab bernama Ricky

Seekor arnab kaler hijo bernama Ricky, hadiah pertama yg aku dpt dr wife aku


p/s: Kelihatan Ricky cuba mengganggu kerja aku ari nih. Jahat punya Ricky !!!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cerita Empat: Tiada (Kopipes dr blog
nih )

Warning: Post ini agak berat sedikit isi kandungannya!!!

Sememangnya aku tak ada topik yang nak dituliskan. Tapi aku belum boleh melelapkan mata disebabkan otak yang belum mahu tidur walaupun badan sudahpun penat. Dia mahu berpikir dan aku tak boleh menghentikannya. Tulisan ini bukan aku yang tulis. Semua ini otak aku yang punya idea. Perkataan 'aku' untuk perenggan seterusnya merujuk kepada otak aku. Manakala aku, dalam ertikata jiwa, roh serta tubuh badan aku, sudahpun mahu masuk tidur. Selamat malam diucapkan.

Aku selalu ketawa melihat manusia yang sibuk mengejar perkara yang ada tapi tidak pernah mengejar perkara yang tiada. Tapi tak boleh disalahkan mereka, sebab perkara yang tiada itu tak pernah terlihat dan terpikir oleh mereka. Hakikatnya tiada itu ada. Masakan boleh ada perkataan tiada jika tiada itu tiada?

Ketiadaan itu ada. Mencari ketiadaan itu payah jika jiwa manusia berada di alam yang penuh keadaan. Selagi diri merasa ada, tiada itu dirasakan tiada. Soalnya, adakah diri itu betul-betul ada?

Jika aku boleh bersuara, akan aku tanya pada tubuh yang menyimpanku ini, "apakah yang engkau ada?". Aku pasti jawapannya sangat banyak. Pastinya bermacam-macam benda yang akan disebutkan olehnya. Walau apapun jawapannya, walau berjuta perkara yang ada olehnya, jawapannya tiada.

Amboi. Nyenyak betul jiwa dan tubuh yang menyimpanku ini tidur. Aku mendengar dengkurannya. Sudah jauh dari sedar.

Berbalik pada topik tadi, walau apapun jawapannya, ia disebabkan oleh penyimpanku ini hidup dalam dunia yang ada. Sudah pasti jawapannya dipenuhi keadaan. Keadaan itu membuatkan dia lupa tentang ketiadaan, yang mana ia lebih ada dari apa yang ada padanya.

Carilah ketiadaan. Ia lebih susah daripada mencari yang ada.

Lihat disini. Apa yang ada dan apa yang tiada?


Moja: End of transmission

Wednesday, August 20

Countdown: Puasa

Kali nih aku nak buat stail pointform plak. Rasa cam malas la plak nak tulis panjang², lagipon nih bukannya karangan bergambar kan? So kita start ngan point yg ketama
  • Lagi 11 hari dah nak puasa.
  • Puasa tahun nih cam sama je seperti², yg lainnye tahun nih aku puasa sama org rumah. Cam tak pecaya je saya dah kawin hahahahaha.
  • Aku rasa puasa tahun nih takkan ada acara grill mengerill seperti tahun² lepas pasal parents aku dah duk Putrajaya
  • Rafi (nama lain bagi Kudin) akan pening kepala pasal wife dier akan bersalin pas raya (dah nak jadik bapak dah ko eh)
  • Aku dpt membygkan aku akan jadik tokey mercun (walaupun aku takde supplier lagi)
  • Berkemungkinan besar Syed & Yahya akan slalu meminjam kunci bilik server aku utk Ops Tido Di Waktu Kerja
  • Lesen memancing aku akan dibekukan oleh Menteri Besar aku sehingga diberitahu kelak <---- yg nih aku rasa cam betul² akan terjadi
  • Aku membayangkan Yang yg penuh tepung di tgn kerana membuat kuih raya <---- yg nih tatau lagi
  • Adi akan terus membesokan perut dier dgn adanya pasar² ramadhan kat area umah dier
  • Aku akan pegi carik balik roti john yg sedap tu. Tatau roti john aper? ko bley refer kat post nih
  • Bapak aku akan kasi duit raya kat aku <----- yg nih mmg takde laaaaaaaa
Moja: Puasa nih aku bertekad nak turunkan berat sampai jadik 50kg je
Copyright © 2005-2010 Moja's World | All Right Reserved
Best viewed with Internet Explorer 6 and above, Firefox 3.0 and above
Last Modified: February 10, 2010