Monday, November 20

인 무엇이 이것은 평균을 말로 나타낸다 ???!!!!??!

Pelik tgk tajuk post aku? jgn kata ko, aku pon pelik amende la makna word nih. Kejang siot otak aku 2-3 menjak nih......rasa cam ader sel² dlm otak aku yg sedang mengalami proses evolusi. Kata² cam aku nak evolve jadik lebih genius la nih (aku dapat merasakan ader aura² dengki di hati korang bila baca statement nih)

2 minggu keje kat tpt baru. Best? OK laaaaaaa.........selain dr food court dier yg sucks tu, everything considered ok la. Baru² masuk keje dah dpt laptop seketul (lagi sekali terasa aura kedengkian itu...hohohohoho)

Best kat sini:

1. Office hour start kul 9 (Heavennnnnnnnn !!!!)
2. Pepagi ader makcik tlg bancuhkan air (Jgn dier pegi jampi air aku sudah)
3. Ptg² bley pegi lepak minum² walaupon office hour blom abis lagi
4. Parking di bayar company....srunuknyeeeeeeeee
5. Tiap² Jumaat mlm bley main futsal free.....company sapot. Lagi srunukkkkkk

Tak Best kat sini:

1. Server room sejuk sgt mcm kat Kutub Utara
2. Food court dier sucks...big time
3. Communication ngan bos agak susah (B.Bos aku Korean, cakap bhs inggeris pon fail)
4. Pantry agak jauh dr bilik aku, jadi menyukarkan aku utk menyonglap makanan

Smalam pegi tgk Happy Feet kat KLCC ngan Yang. Takde la menarik sgt, cuma aku minat giler kat penguin nama Ramon tu. Giler klaka laaaa....aku ingat kalau aku bley bela penguin, aku nak penguin cam Ramon tu (bley ke bela penguin????) Yang plak ader camera baru, abis sume org jadik bahan utk camera dier. Skit² click....skit² click....hehehehe. Tak kisah laaaa......nak amik gambar ke, nak suh org tu posing² as long as dier tak pegi amik gambar merepek² dah. Kang satu hal lak.

Kuda ader ajak pegi Seoul Bulqogi. Layan steambot (betul ke aku eja?) Cakap nak bawak kudi skali. Elleh kuda.....cam aku tak kenal ko. Tu cubaan nak pancing suh aku bwk g/friend aku la tu. Skang aku dah tak pecaya janji² manis ko lagi. Buley blahhhhh.......

Dah laaaaa...penat dah aku tulis. Masa utk pegi minum ptg. Tokan itik out.......

moja: Sok nak mintak makcik tu buat air melo la plak

0 Org Dah Pangkah!:

Copyright © 2005-2010 Moja's World | All Right Reserved
Best viewed with Internet Explorer 6 and above, Firefox 3.0 and above
Last Modified: February 10, 2010