Showing posts with label Bla bla bla. Show all posts
Showing posts with label Bla bla bla. Show all posts

Tuesday, March 30

Borderless

Antara hasil DIY aku kat opis. Jgn korang ingat tv je ada borderless hohohohohoho


Nota: Hanya org² berhati kering saje bley pakai kipas borderless nih

Wednesday, February 10

Cerita & Cerita Lagi

Cerita Kesatu:

Blog aku bertukar wajah lagi. Kali nih theme ala² Ikea, siap dgn sofa kaler hijo dihiasi paduan hebat warna putih, pink & hijau. Siap tukar tag line lagi. Cantik bukan? macam setan bak kata Ahmad Nisfu dlm Seniman Bujang Lapok

Cerita Kedua:

Aku: IT support, how may I help you?
Kau: Can talk to **** arrr?
Aku: Speaking. How can I assist you?
Kau: Bla bla bla bla.....4D..bla bla bla.....cuti Chinese New Year...bla bla bla.....Basikal..Bla bla bla....
Aku: errrr.....what exactly you need?
Kau: Aku nak ajak ko pegi makan je sebenarnye
Aku: .................... (sambil hantuk gangang tepon kat dahi)

Cerita Ketiga:

Pagi tadi ada burung berak atas cermin kete aku. damn betul!!!!!

Noktah

Cerita Keempat:

Pagi itu cuaca agak sejuk

Pagi itu ada kelas Database, Ms. Robaiyah punya subject

Pagi itu kami lambat 30 minit

Pagi itu kami sampai depan pintu kelas ngam
² pukul 9:00

Pagi itu kami dah dgr dari luar kelas suara Ms. Robaiyah mengajar

Pagi itu tgn kami dah nak pulas pintu utk masuk

Pagi itu................

"sedap jugak minum teh time ponteng kelas nih eh"

hampeh....

Tuesday, October 6

Post-It Note....

06-Oct-2009, 12:56

Note to myself:


1. Never eat a too spicy food while your stomach is empty
2. Nasik kandar kuah campur + tom yam sotong = bad combo
3. Trip to toilet + every ½ hour + fully occupied toilet = nightmare while awake


moja: tengkiu la anne for giving me the best diarrhea today.......

Friday, October 2

Mai Layan Menipu (MLM)

Bersembang dgn member yg dah lama tak jumpa mmg best. Tp bersembang dgn member yg dah lama tak jumpa tp tetiba nak jumpa sebab nak racun ko join MLM mmg tak best, silap² bley si member tu bley kene carut balik oleh member yg dier nak jumpa tu.

Dulu aku ada seekor seorg member yg mmg hardcore porn menatang MLM nih. Siap buat loan bank semata² nak start big. Masih aku ingat lagi kata² pertama dier bila dier join MLM nih:

"cukup je 6 bulan aku buat MLM nih, aku nak kuar kete CLK baru"

Whoaaaaaa.......mmg hebat cita² ko. Aku mmg suka org yg optimistic cam ko ni, jarang² ada melayu yg berpikiran positive camnih.

2-3 bulan pastu, mamat nih call aku ajak jumpa. Saja nak jumpa bertanya kabar berita, begitu la kata² manis dier. Ingat kan niat tu ikhlas, rupa² nya ko ajak jumpa sebab nak suh aku join MLM ko tu....siap bwk 2-3 org lagi tokan² ko utk men"gangbang" aku supaya join. Dan bila aku tanak join,
kenapa perlu ko bermasam muka siap ko berkata:

"Bila aku dah kaya nanti, ko jgn menyesal pulak"

Dgn muka cynical & sarcastic seolah² seperti aku sudah membuat satu dosa besar dgn ko?

Pelik bukan?

Last time aku jumpa dier, kira² sebulan yg lepas takde plak kelihatan CLK baru. Masih lagi bermotor kriss berkaler biru mati, dtg memerlukan pertolongan sebab bank dah carik. Sempat aku bertanya:

"mana CLK ko? takkan simpan rumah kot?"

Moja: sarcastic? mmg aku sarcastic hahahahahaha

Wednesday, June 3

Anak kucing ku dirembat org (aku rasa la....)

Aku ada anak kucing. Anak kucing tu plak ada 4 ekor.

Ko soal : mana ko dpt anak kucing tu moja?
Aku jawab : aku jumpa diorg tgh buat cubaan membunuh diri kat area umah mentua aku

berbalik pada tajuk perbincangan kita.....

Anak kucing tu ada 4 ekor, sekor kaler hitam putih ala² panda lagi 3 ekor kaler hitam kelabu. Time balik smalam, sekor dah mati. Mungkin sebab takde kasih sayang mak dier, kesian sungguh. Sungguh aku temper dgn org yg buang anak² kucing tu.

Utk tidak membuatkan anak² kucing yg lagi 3 ekor tu stress dgn pemergian sedara dier, aku taruk diorg dlm kotak yg baru siap dgn kemudahan bergerak dgn bebas (harus diingat, sebelum nih aku tidak membenarkan anak² kucing itu berkeliaran dgn sewenang² nya)

Pagi nih bila aku nak pi keje, cuma seekor anak kucing je yg kelihatan. Penat aku carik lagi dua ekor, tp tak jumpa. Di mana anak² kucing aku????? Damn sungguh pada org yg curik anak kucing aku tu. Kalau aku tau sapa yg curik, aku curik balik anak² kucing tu dr pencurik tu.

Moja: ingat aku dlm doa mu anak² kucing ku sayang

Thursday, August 21

Satu, Dua, Tiga & Empat Cerita

Cerita Satu: Bila Nobita berjumpa Doraemon

Arakian pada satu ptg yg hening, di satu rumah di Jepun, di waktu itu musim luruh pula. Kelihatan di hujung horizon helaian bunga² sakura melayang² ditiup angin musim luruh, petanda akan berakhirnya musim luruh tidak lama lagi.


Di satu sudut rumah pula, kelihatan seorg budak lelaki berkaca mata bulat sedang bercakap² dgn kucing robot berkaler biru berperut putih dgn sakunya yg penuh dgn gadget² ajaib.


"Doraemon², ada tak alat yg boley buat aku terbang?", tanya budak berkaca mata bulat tadi.

"Tadaaaaaaaaaa.......buluh terbang", kata Doraemon sambil mengeluarkan alat tersebut dr sakunya dgn diiringi muzik riang.

"Wahhhhhhhhhhhh.....dgn alat ini musti kita buley terbang bersama² burung di angkasa", kata budak itu lagi.

"Sudah tentu, marey kita cuba", balas Doraemon.

Maka setelah memakai alat tadi, mereka berdua pon terbang ke langit menghala ke rumah Sizuka.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cerita Dua: Tadaaaaaaaaaaaa...............

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.............


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cerita Tiga: Seekor arnab bernama Ricky

Seekor arnab kaler hijo bernama Ricky, hadiah pertama yg aku dpt dr wife aku


p/s: Kelihatan Ricky cuba mengganggu kerja aku ari nih. Jahat punya Ricky !!!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cerita Empat: Tiada (Kopipes dr blog
nih )

Warning: Post ini agak berat sedikit isi kandungannya!!!

Sememangnya aku tak ada topik yang nak dituliskan. Tapi aku belum boleh melelapkan mata disebabkan otak yang belum mahu tidur walaupun badan sudahpun penat. Dia mahu berpikir dan aku tak boleh menghentikannya. Tulisan ini bukan aku yang tulis. Semua ini otak aku yang punya idea. Perkataan 'aku' untuk perenggan seterusnya merujuk kepada otak aku. Manakala aku, dalam ertikata jiwa, roh serta tubuh badan aku, sudahpun mahu masuk tidur. Selamat malam diucapkan.

Aku selalu ketawa melihat manusia yang sibuk mengejar perkara yang ada tapi tidak pernah mengejar perkara yang tiada. Tapi tak boleh disalahkan mereka, sebab perkara yang tiada itu tak pernah terlihat dan terpikir oleh mereka. Hakikatnya tiada itu ada. Masakan boleh ada perkataan tiada jika tiada itu tiada?

Ketiadaan itu ada. Mencari ketiadaan itu payah jika jiwa manusia berada di alam yang penuh keadaan. Selagi diri merasa ada, tiada itu dirasakan tiada. Soalnya, adakah diri itu betul-betul ada?

Jika aku boleh bersuara, akan aku tanya pada tubuh yang menyimpanku ini, "apakah yang engkau ada?". Aku pasti jawapannya sangat banyak. Pastinya bermacam-macam benda yang akan disebutkan olehnya. Walau apapun jawapannya, walau berjuta perkara yang ada olehnya, jawapannya tiada.

Amboi. Nyenyak betul jiwa dan tubuh yang menyimpanku ini tidur. Aku mendengar dengkurannya. Sudah jauh dari sedar.

Berbalik pada topik tadi, walau apapun jawapannya, ia disebabkan oleh penyimpanku ini hidup dalam dunia yang ada. Sudah pasti jawapannya dipenuhi keadaan. Keadaan itu membuatkan dia lupa tentang ketiadaan, yang mana ia lebih ada dari apa yang ada padanya.

Carilah ketiadaan. Ia lebih susah daripada mencari yang ada.

Lihat disini. Apa yang ada dan apa yang tiada?


Moja: End of transmission

Wednesday, August 20

Countdown: Puasa

Kali nih aku nak buat stail pointform plak. Rasa cam malas la plak nak tulis panjang², lagipon nih bukannya karangan bergambar kan? So kita start ngan point yg ketama
  • Lagi 11 hari dah nak puasa.
  • Puasa tahun nih cam sama je seperti², yg lainnye tahun nih aku puasa sama org rumah. Cam tak pecaya je saya dah kawin hahahahaha.
  • Aku rasa puasa tahun nih takkan ada acara grill mengerill seperti tahun² lepas pasal parents aku dah duk Putrajaya
  • Rafi (nama lain bagi Kudin) akan pening kepala pasal wife dier akan bersalin pas raya (dah nak jadik bapak dah ko eh)
  • Aku dpt membygkan aku akan jadik tokey mercun (walaupun aku takde supplier lagi)
  • Berkemungkinan besar Syed & Yahya akan slalu meminjam kunci bilik server aku utk Ops Tido Di Waktu Kerja
  • Lesen memancing aku akan dibekukan oleh Menteri Besar aku sehingga diberitahu kelak <---- yg nih aku rasa cam betul² akan terjadi
  • Aku membayangkan Yang yg penuh tepung di tgn kerana membuat kuih raya <---- yg nih tatau lagi
  • Adi akan terus membesokan perut dier dgn adanya pasar² ramadhan kat area umah dier
  • Aku akan pegi carik balik roti john yg sedap tu. Tatau roti john aper? ko bley refer kat post nih
  • Bapak aku akan kasi duit raya kat aku <----- yg nih mmg takde laaaaaaaa
Moja: Puasa nih aku bertekad nak turunkan berat sampai jadik 50kg je

Thursday, July 31

Segmen Masak² Bersama Moja

Aper yg korang paling tak suka skali bila tiba masa memasak? Maksud memasak di sini bukanlah memasak maggi, air, nasik, main masak². Memasak di sini bermaksud memasak lauk pauk utk makan lunch, makan mlm ataupun makan tghmlm (slalunya mkn tghmlm hanya berlaku di kedai² mapley shj)

Smalam aku tolong wife aku masak utk mkn mlm. Woit, kenape aku lihat ko tersenyum² di situ? Tu nak mengkatak aku la tu. Tak elok betul. Anyway, masa aku sampai umah smalam, aku tgk Yang tgh bertungkus lumus membanting tulang memasak kat dapur (takkan masak dlm toilet plak kan? hapo la aku nih hahahahaha)

Oleh kerana aku nak jadik seekor seorg husband yg baik, maka dgn muka tak malunya aku mengofferkan diri andai kata ada aper² yg bley aku tolong.

"Takpe la, U pi la mandi dulu", dier kata.

"Ala, jap lagi I mandi la. So ada aper² tak I bley tolong", aku jawab.

"Hmmmm...camtu tolong tumbuk ikan bilis nih sampai hancur", dier plak jawab.

So aku pong tumbuk la ikan bilis tu. Giler bersungguh² aku tumbuk sambil tgk astro. Dlm 5 minutes, aku tgk ikan bilis tu tak gak hancur². Aku tumbuk lagi....2 minutes pastu tgk lagi skali tak gak hancur². Trus aku tanya wife aku dah ok ke tak (padahal dlm hati mmg dah tau tak ok lagi, cubaan melarikan diri nih sebenarnya). Dier kata kene tumbuk lagi. Trus aku pikir dlm kepala........

"Tetiba suggestion pi mandi tadi sound much better than tumbuk ikan bilis nih"

Anyway, dinner mlm tadi mmg best Yang. Eventhough begedil (ke pegedil?) tu cam lembik² skit. I ingat kene taruk tepung la.

Moja: mmg tak istiqamah betul aku nih bila sampai part keje² dapur nih hahahahaha

Tuesday, July 29

Siri Bercakap Dgn Moja

Hmmmm.....last aku tulis blog nih lebih kurang 9 bulan yg lepas. Giler lama arrrrr, kalah aku ada wife time tu dah wife aku kebetulan pregnant, dah nak dekat bersalin dah pon. Di sini jelas menunjukkan yg aku mmg la seorg yg pemalas bila sampai ke bab menulis nih (menulis shj, bab lain aku rajin hahahahaha)

Jadik utk series comeback yg ke-sejuta kali nyer nih, aku berkira² nak menulis dgn mode serius. Oleh kerana kita berada dlm mode serius, tajuk post kali ini lebih kurang begini:

Bercakap dgn Moja (tajuk ala² buku cerita seram sekitar tahun 90-an dulu)

Aku bersembang dgn kwn talian aku smalam. Mcm² soklan yg member aku tanya.

Q: Ko dah makan lunch?
Q: Ko tanak main bola ke Jumaat nih?
Q: Kat mana nak beli lesung batu? (haaa, yg nih aku yg tanya, jadik sila abaikan)

Sume soklan² tu enteng /gampang /mudah banget /soklan mudah utk dijawab. Mcm² jawapan aku bley kasi. Sebagai cth, soklan pertama. Aku bley je jawab aku belum makan lunch dgn harapan member aku akan mengoffer aku utk pi makan bersama dier (dibelanja, bukan aku kene bayar sendiri). Sebab aper aku cakap senang nak jawab soklan² camtu? Sebab soklan² camtu amat kacang utk aku gorengkan atau bahasa kasarnya senang aku nak kencing (kan aku dah cakap, bahasa nih agak kasar serta lucah sedikit bunyiknya)

Tapikan................

Cam tak best la plak cite serius² nih. Kita tukar topic lain. Aku rasa aku nak cite pasal trip aku pi Bali la. Terima kasih kpd mak mertua aku kerana sponsor trip nih (iklan ini ditaja oleh Kedai Ikan Lalapan Tepi Jalan). Kenape muka ko kerut² bila aku cakap mak mertua? Asal? tak percaya aku dah ada mak mertua? hahahahhahahaha

6 hari aku kat sana, balik² je dah mcm anak *tut* (word ini terpaksa disensoredkan kerana sensitivi kaum). Golap bona kulit aku, sunbeam sunburn tak ingat punya. Itu pun sib baik aku tak pi baring tepi pantai bukak² baju cam mat salleh pahlawan Sabah, kalau tak lagi la gelap cam negro hahahahaha.

Kenapa aku suka pi Bali: <---- ayat cam dah pi 8 juta kali je hahahaha

1. Gurami bakar
2. Hotel dier murah
3. Bley main water ski walaupun aku tak pandai main
4. Pantai dier best
5. Gadis dier comey²
6. Bla bla bla

Tapi kan, aku agak kurang berpuas hati kat Bali nih. Org² kat sini suka kerumun tourist utk jual barang² diorg. Pening giler aku kene kerumun camtu. Cam ada sorang budak nih, time tu kitorg pi mandi waterfall. Sepanjang jalan budak nih follow je kitorg paksa² beli barang dier. Siap buat suara sedih²

"Belanja yaaa, cuma Rp1000 aja, buat bekal sekolah esok yaaaaa"

Bila aku cakap tanak, dier follow je aku sampai la nak keluar dr kawasan tu. Siap cakap aku kedekut lagi (Kocik² dah pandai kutuk² org, beso sok tatau la jadik aper). Tu tak kira lagi ada budak pompuan kecik. Sama gak perangai, tinggal lagi tak cakap aku kedekut je. Tp budak pompuan nih siap pow wife aku (yaaaa....aku sudah kawin, jadik kpd gadis
² diluar sana anggap je la kita takde jodoh hahahahaha) nak masuk toilet.

Tp yg paling bestnye, aku balik² je M'sia torus demam. Tak pasal² Isnin tu kene MC. Yg lagi best tu, ari Selasa masuk² je opis sume senyum² kat aku. Apo sonyum²? Korang ingat aku tatau aper korang pikir? hahahahahahaha

Moja: <------- Sudah ada wife

Monday, September 10

3 Dlm 1 Punya Cer

Cer ketama: Bunga apekah itu????

Aku suka tgk mende² yg cantik. Tak kira la samaada benda cantik tu kene bayar @ free utk tgk. Salah satu bend
a cantik yg aku suka tgk ialah bunga api @ dlm bahasa omputeh dier firework. Perlu diingat di sini, firework takde kene mengena ngan firefox, flying fox @ fireman. Tp dier ada kene mengena ngan fire crackers.

Aku sama Yang dpt tgk final firework tournament kat PIC
C ari tu. Punyo la ghamai oghang, nak parking keto pon kono parking jejauh. Siap jaga tu sound nak tarik kete aku sebab parking tepi jalan, kecoh tul. Lain la kalau aku parking kat tgh² jalan @ parking kete aku atas badan dier. Anyway, ada la 2-3 gambar yg aku (sebenarnye Yang yg amik) amik. Sebab aku baik hati orangnye, aku kongsi la ngan ko. Cantik² wooooo.....



Cer Kedua: Aku Sepasang Kasut Futsal Berjenama Nike

Last week ari khamis, aku ada tournament futsal kat Bukit Jalil. Srunuk giler woooo.....ye la, dah lama tak main pakai jersey. Ghaso cam player Arsenal plak walaupon jersey tu takde lak lambang Arsenal. Kena plak tu, main pakai kasut baru, pastu baju lak no. 4, hoh....giler laaaaaa. Ala
² Fabregas plak rasa dier. Nak lagi best, kitorg menang sume game. Dari group stage sampai la final. Kira² cam undisputed champion laaaa. So, sapa kata itik tatau main futsal?

Cer Ketiga: Pacu menangis di Tgh Mlm

Aku suka memancing ikan. Ikan lak tak suka dipancing aku. Kengkadang, ikan tu tak jugak suka dimakan oleh aku. Tapi, aku pedulik hapa hahahahaha...

Kat area umah aku ada satu kolam mancing. Yang bestnye kolam mancing nih, dier ada buat package utk entrance. RM22 utk sekali masuk + Sebatang pancing + kul 12 am sampai kul 7.00 am. Is it worth? hmmmm.....absolutely worths it.

Kat kolam tu la, kira
² pukul 3 pagi last friday aku dpt naikkan seekor ikan pacu bersaiz giant (pada pandangan mata aku la) dgn berat kira² 2-3kg. Besor giler ikan tu sampai Yang kata ikan tu beso cam perut aku. Cisss betul...................

Time aku bwk balik ikan tu, beliau (ikan bley panggil beliau kan?) masih hidup dan bisa berenang
² dlm kolam kat umah aku. Tp oleh kerana besonye ikan tu & keciknya kolam kat umah aku, sirip atas beliau bisa kelihatan tak kala beliau berenang². Dah mcm ikan jaws lak aku tgk......hahahahahahha. Tapi, aperkan daya....time aku balik dr tgk wayang smalam, aku tgk ikan tu telah mati dihimpap pasu bunga mak aku. Tensen je aku.........

Moja: Tensen punya pasal, sok aku nak suh kak Ati masak 3 rasa ikan tu. Puas hati aku hahahaha

Thursday, May 31

Kemandoman Bermula

Ari nih Yang dah pi europe. Tinggal la aku sensorang kat sini. And for the next 12 days, aku rasa aku akan jadik mandom je. Senang citer cam zombie la. Jadik kalau ko rasa ko ada cara nak menghiburkan hati aku nih, jgn malu² kasi tau aku. Berkemungkinan besar ko akan berpeluang utk memenangi seketul TV Plasma dr aku (kunun² nye la)

Note: Yang, if you can read this....I can tell you that I oledi miss u laaaaaa

Moja: ticket pi europe baper sen eh?

Friday, May 25

Satu Post Yg Merepek

Hati rasa tak best. Badan rasa cam takde tenaga walaupun dah tido tak ingat dunia. Makan skit² je, maybe sebab aku dah perasan perut aku sudah agak ke depan skit (baca: buroi). Kepala asyik plak pening² je sepanjang minggu nih. Kalau ikut cakap org² tua, nih tanda² berbadan dua. Tapi since aku bukan kaum hawa & belom berkahwin, maka bley ditolak mentah² cakap itu org² tua.

Ader org cakap blog aku asyik merapu je. Takde info yg bley dpt, takde kebaikan, takde mende yg dier bley amik iktibar bila baca post² aku yg merapu tu. Siap email aku kasi tau tu.......then atas sebab kemanusiaan, aku pon balas email dier lebih kurang camnih:

Kehadapan En. P,

Terima kasih sebab antar email kat saya. Saya amat menghargainya, at least saya tau ada umat yg baca blog bodo saya nih.

Dlm email enchek, encheck kata blog saya nih merapu je lebih. Takde manafaat kat reader. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih di atas comment enchek tu. Encheck juga ada kasi 2-3 soklan utk saya jawab. Since saya tak suka menghampakan org, saya jawab la soklan² encheck tu.

Q: Kenapa post² ko merapu je?
A: Aku punya blog, suka ati aku la

Q: Sebab tak dtgkan faedah, asal ko tak tutup je blog nih?
A: Sebab blog nih aku punya, dan seingat aku, bill internet aku yg bayar, suka ati aku la.

Q: Apa sebenarnya point ko buat blog nih?
A: Tempat utk aku berkata², melepaskan suma perasaan aku, tempat utk membuktikan yg itik (baca: org biasa) juga bley berkata².

Ape yg korang pikir bila tgk org sakit? Kesian, rasa simpati, kene layan elok
². Aper plak yg org sakit tu pikir bila dier sakit? Oh, aku sakit. So org kene layan aku elok² (nih sesetengah org sakit je tau, bukan semua). Well, adakah kerana ko sakit...ko boley marah org, maki org, carutkan org sesuka hati ko? Adakah kerana ko sakit, org kene bersabar ngan aper jugak gomelan ko, carutan ko, makian ko? Adakah kerana ko dlm kesakitan, ko bley channelkan kemarahan ko pd org yg amik berat kat ko dan since org tu amik berat kat ko, dier akan tahan saja kesabaran dier? Ko ada otak, so pikir sendiri.

Btw, post nih aku tulis dlm keadaan kepala yg pening giler, badan yg takde tenaga, otak yg penat & hati yg tensen. Since ini menunjukkan aku dlm kesakitan, ko kene tahan saja ngan gomelan, makian, carutan dan aper saje rasa ketidakpuasan hati aku since org sakit is always right.....at least it's true when it happens to you.

moja: Pada En. P, kalau ko rasa blog aku takde pekdah kat ko....adalah lebih baik bagi ko jgn baca blog nih lagi sebab aku takkan ubah cara aku. So get use to it.

Tuesday, May 8

Roti Mut-ték Wunne, Vetti²

Last weekend ader sesi ngeteh sama megat kat section 7. Ader la dekat 6-7 bulan tak pi ngeteh kat sec. 7, dah mcm² ada. Ada kedai kete, ader kedai mamak, ader kedai jual perabot, ader kedai potostet, ader kedai beskal dan tak lupa jugak kedai snuker, erk......maksud aku kedai riadah (FYI, i tak main pon snuker ari tu Yang). Yg aku nak cite kat sini bukannye pasal kedai² yg ada kat sec. 7 tapi aku nak cite pasal layanan yg aku dpt kat kedai mamak yg bernama *tut*.

Rewind balik ke weekend lepas......weeeuuuuuuuuuuuuuuuuuu (harap maklum, ini adalah bunyik tape sedang direwindkan)

moja : kat maner nak jumpa nih?
megat: Kedai *tut* sec. 7 la.... senang skit.
moja : wokei, lagi 15 mins aku sampai.

Aku sampai betul
² lagi dlm 15 mins, siap ader belen 3 mins lagi dr masa yg dijanjikan.....ternyata aku tergolong dlm golongan yg menepati janji, jadi jgn takut utk membuat janji ngan aku (cubaan utk menipu korang). Hoh, seperti yg aku jangkakan, mesti si megatron (nama lain bagi enchek encik megat) nih tak sampai lagi. Yg anne kat kedai *tut* nih plak takde perasaan nak amik order kat aku ke? mau meniaga ka tamau meniaga??? Lepas penungguan (takde kene mengena ngan Penunggu Hutan @ lain² Penunggu) aku selama 1/2 jam, sampai gak mamat tu. Aiiiii.....senyum² plak cam takde perasaan bersalah. So since dier dah sampai bley la start sesi sembang², al-maklum la....dah 8 juta tahun tak jumpa (hoh, lagi satu cubaan utk menipu korang).

Aku rasa dah lama kitorg sembang
², tp anne² kat kedai nih buat bodo je. Tanak amik order ke diorg nih? Tekak dah kering nih lantaran persembangan yg amat byk antara aku dan megat (8 juta tahun tak jumpa kan). Senang cite rasa cam dah nak mati kehausan la (lihat bagaimana aku memanipulasikan perkataan utk menunjukkan seolah² bende tu nampak serious).....tambah pulak cuaca yg amat panas time tu. Perlu diingat di sini, aku dah megat bukan la seperti unta di padang pasir yg buley bertahan tanpa air dlm satu jangka masa yg lama. Kami juga bukannya biawak padang pasir yg buley menyuruk di bawah pasir utk menghilangkan rasa panas. Last² megat panggil satu anne yg kelihatan agak rilek. Ngan mulut pot pet², anne tu dtg. Agaknye dier marah kot kitorg ganggu dier rilek. Aik.....org nak kasi kedai ko kaya lagi ko bising²? Aku rasa mesti dier tak ikhlas amik order kitorg pasal pas amik order tu, pot pet² mulut dier. Ntah hapo ntah yg dier carutkan pon aku tatau. Takde lain tu mesti cakap pasal kitorg la tu (aku kan mmg suka berprasangka buruk) Nih bley mendatangkan marah nih.

Pas anne tu dah blah, aku pandang muka megat, megat pandang muka aku balik. Aik, cam aku tau je aper yg ader dlm otak ko tu megat. Apo laie, jom buat balik perangai time skolah. Takde pikir byk trus kitorg blah, lantak la ngan pengorderan yg kitorg dah buat tadi.Tinggalkan RM2, trus cabut. Pedulik hapo kitorg. Makan kat KFC tepi highway tu lagi best. Musti anne tu angin sebab dpt RM2 je, sebab kalau ikut calculation aku...harga mende
² yg kitorg order tu ± RM10. Padan muka ko hahahahahahaha (ketawa seperti syaitoooooon)

moja: RM2 tu kira cam fee kitorg duk kat kedai ko la anne.

Tuesday, April 3

The Unfinished Post

Aku suka menulis dlm blog. Bila aku menulis, aku bley jadik sesiape saje yg aku suka. Aku bley jadik Aristotle, aku bley jadik Superman, aku bley jadik seorg perdana menteri, aku bley jadik Jimmy Neutron dan tak mustahil aku bley jadik SpongeBob Square Pant (I tau u mesti tersenyum² kecil membaca statement nih Yang) Sebab byk sgt mende yg aku tulis, kengkadang aku tak abiskan post tu....kira cam post yg tak complete a.k.a unpublished post. Tadi saje² bukak blog, cadang nak submit satu post baru. Tgk² ada unpublished post....so dr aku buat post baru, baik aku publish unfinished post tu. At least ko mesti ingat yg aku takde la semalas yg ko sangkakan......

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tajuk Post : Otak???? Hotak ko la.......
Released Date : Supposed to be on somewhere in Feb 2007
Reason for Unpublished Post: Post berbau politic....so malas nak continue type

Pagi nih rasa bosan giler. Dah la sangkut dlm jem utk ke-8 ratus juta kalinya (lihat bagaimana aku cuba menipu ko) Serious laaaa......baper byk productivity yg ilang hanya kerana seseorg tu sangkut dlm jem. Di waktu otak yg masih segar + badan yg penuh bertenaga, seharusnya semua itu digunakan di opis....membuat keje, bukannya duduk terperangkap di dlm jem. Tol² bayar mahal², tp sangkut gak dlm jem.

"Tarak apa, kalu itu jem masih berlarutan...kita akan buat new highway jugak. Ini semua utk rakyat juga, jadik rakyat terpaksa membayar tol utk menampung kos² membuat ini highway"

Chait......poodah la ko. Ko jgn nak cakap ungele ungele eh. Skit² tol tp yg aku tgk, jem still camtu gak. Dey, bila ko mau berenti hisap darah raktyat arrrrrrr...........Bila time pilihanraya, janji tu la janji nih la. Dah menang, mengabihkan duit rakyat ke keje ko. Project sana, project sini.....tp last
² kitorg gak yg kene tampung sume expenses tu. Cisssss.......................

Kalau ikutkan hati, lama dah aku upah mafia Italy....tp pikir aku lak takde duit. Cemane aku nak ada duit, sume duit dah buat bayar tol, bayar income tax, bayar bill hospital kerajaan, bayar duit project mega korang, bayar duit minyak......

"Kos minyak kita adalah antara yg terendah di Asia. Bila byk duit yg kita dpt save, byk sikit pembangunan yg dpt kita buat"

Cisssssssssssss lagi sekali, byk la ko punya terendah. Bukan kita ada minyak sendiri ke? Minyak sendiri pon nak jual mahal ke? Ape? Ikut harga minyak dunia???? Dey.....minyak dunia pon dah turun harga laaaaaaa, lagi mau kencing ka? Byk la korangnyer pembangunan, yg aku tgk last
² duit kitorg gak ko sedut. Aku rasa

------------------------------------------------------------------------------------------------

Moja: Byk lagi stock
² unfinished post nih. Nampak cam aku tak istiqamah menaip lak kengkadang

Thursday, March 15

Amuk????

Nih adalah post yg ke-4 utk bulan March nih. Rajin plak la aku tulis² blog nih. Cam ada satu mende mengusik² jari jemari aku nih utk menari² di atas keyboard sambil otak ligat memikir aper yg aku nak type.

2-3 menjak nih, selalu sgt org menguji kesabaran aku. Bukan sekali dua, berkali² diorg uji.....sampai ada masanya aku rasa cam nak explode. Serious woooo.....rasa cam nak explode je. BTW, perlu diingatkan disini: explode yg aku maksudkan bukan nye meletup cam letupan bom nuklear ataupun letupan meriam buluh time raya. Sama sekali tidak ada kene mengena dgn letupan² yg kedengaran semasa ko cuba mematah² kan jari jemari ko.....speaker sony explode pon bukan (errr Yang, b'day present tahun nih I nak full set speaker sony explode bley?). Senang cite, explode disini bermaksud aku rasa cam nak mengamuk.

Seingat aku, aku bukan la jenis org yg senang nak merah marah, angin @ mengamuk. Kalau tak caya cuba tanya kengkawan aku. Serasa
² aku, ader la 2-3 kali je aku mengamuk sejak² usia meningkat nih. Cemane punya marah pon aku, aku mesti tersenyum je......buat cam aku tak marah. Is that a wise decision? ntah la.....

Cakap pasal mengamuk, teringat memula aku dtg keje kat opis baru nih. Tak sampai 2 bulan dah gaduh ngan orang. Siap cekak
² leher baju tu......time tu penumbuk dah siap angkat dah, tinggal nak hayun je. Kiranya time tu org yg aku nampak depan aku tu bukan collegue lagi la.....aper yg aku ingat, time tu aku cuma nampak sorang musuh yg aku kene eliminate. Mmg cepat tul setan counter aku time tu. Agak² nya, kalau aku hayun gak time tu....musti aku dah keje tpt lain time nih. Aku rasa itu la 1st time aku hilang kawalan semenjak aku keje.......childish sungguh. Abis ilang senyuman aku time tu, sampai org nak tegur aku pon seram hahahahahaha.

Azam utk hari nih dan esok
² nya: Tanak marah², nak senyum selalu & nak beli laptop baru.

moja: Aper kene mengena senyum ngan beli laptop lak???? pelik
²

Monday, February 26

I'm Feeling Down Today................

Ari nih aku mmg takde mood langsung. Too many things happens within 24 hours. In 24 hours I managed to do several things that I regret (great!!!). Makes my life miserable, sad, crazy, unreliable bla bla bla, u name it. Seriously, I'm felt really down today.

It's really weird how a small mistakes can changed your day from good to bad. Trust me, I know coz' I learned it through the hard way. If I can turned back time, I really² wished I haven't done that stupid (yeah, it's really² stupid!!!!) mistake. All I need to do is lend my ears to listen, give my attention to it and put my own matters as the second priority. How hard can it be?!?!?!?!?? It's not very hard now when you realized you are losing something that very dear to yourself, even after you lose it just for a second. It can be concluded as the equations below:

1. Listen + Give Attention + Own Matters as 2nd Priority = Happy Life

2. Not Listening + Attention equal to Zero + Own Matters as 1st Priority = Miserable Life

Like I've said before, if I can turned back time I will choose the first equation for sure. But then, how can a man turned back time? Weird huh????? All I can do now is ask for forgiveness and hope my apologies is accepted.

Moja: I really² hope things will get better tomorrow.........

Wednesday, February 14

Kosong, Satu, Dua dan Tiga

KOSONG: Kenape²

Ari nih aku rasa tak berapa best. Kepala ader skit denyut², badan ada rasa nak nak pecah, dan kalau tak silap aku, aku ader rasa seperti berlakunya letupan² kecil di modula oblongata aku (giler over explanation aku nih hahahahahaha).

SATU: Ko Tanye Aku Jawab

tadi ader org tanya aku.

"Asal nama blog ko pelik? Kenape ko taruk nama itik? Asal itik tu bley berkata²? Asal post ko siap tulis season²? Asal? Asal? Asal?????"

Kepada yg bertanya, aku ader satu jawapan je utk sume soklan² ko tu.

"AKU TANAK JAWAB SUME SOKLAN KO. AMACAM? TERBAKAR TAK ATI KO? HAHAHAHAHAHAHAHA"

DUA: Hoi Ho Ya Hoi

Aku suka tgk cite Ali Baba Bujang Lapuk. Pada aku citer tu classic giler. Part paling aku suka waktu perampok² tu balik ke sarang
gua tpt persembunyian diorg.

Hoi ho ya hoi,
Kita suma gumbira,
Hoi ho ho ya hoi pulang dapat harta,
Uang (wang) berganda,
lalalalalalalalalalala <-------- meaning aku tak ingat lyric dier.

Ibrahim Pendek dlm cite tu mmg best, tak kira lagi Momotaro-san. Boss Perampok² tu pon best gak. Siap pakai cam Robin Hood....aku rasa nak kasi tau yg dier merompak pasal nak kasi org miskin makan la. Whatever la. Aper² pon, thumbs up to otai² cite lama tu. Korang mmg best.

Pelikkan, asal org² sekarang takleh buat filem cam tu lagi? Balik² buat cite pasal cinta, siap ader satu drama tu....sampai la nih tak abis² lagi. Dgn anak dier tak leh berlakon....keras je cam kayu. Nasib baik kete dier lawa hahahahaha.

TIGA: Pokok di atas meja

Pengumuman:

Dgn ini dimaklumkan yg aku dah ada pokok kat atas meja aku. Jgn cuba² mau merembat pokok aku kerana aku akan merembat perut si perembat² tersebut. Kalau korang (bila aku cakap korang, I mean Yahya, Man sama Syed) cuba membuat apa² mende yg tidak sepatutnya kepada pokok aku, korang kene pastikan perut korang bisa menahan rembatan² yg pastinya akan menghantui tidur mlm korang.

Sekian di maklumkan.

Note: Btw, bukan aku yg taruk makanan ikan byk² dlm balang ikan ko Syed. Yahya yg buat !!!


Moja: Bila nak demam, mcm² aku mengarut

Tuesday, January 30

AFUNDI

Skang nih bila aku lepak² depan tv, mesti ada iklan pasal AF5. Suh datang ujibakat.....hmmm, meaning tak lama lagi start balik la sesi makcik², adik², kakak², abang², pakcik² etc² duduk terpacak di depan tv sambil jari jemari laju menaip AFUNDI ******** menunjukkan tanda sokongan padu yg tidak berbelah bagi kepada peserta kesukaan mereka.

Dan bila dah start balik AF nih, akan ada la fanclub² yg akan mempertahankan peserta kesukaan mereka dgn segala kudrat yg ada bagi memasti peserta kesukaan mereka menjadi juara AF. Dan bila peserta² kesukaan mereka terkeluar dr saingan, akan menangis la mereka sambil mengatakan peserta kesukaan mereka adalah yg terbaik dan tak patut dikeluarkan.

Dan bila dah start balik AF nih, akan kedengaran la di merata² tempat org mengatakan sesuatu ttg AF.

"Smalam punya show tu mmg best la"
"Aku tak puas hati mamat/minah tu keluar, dier the best la utk season nih"
"Eh, ko tgk tak diari semalam?"
"Aku ingat kita kene ajak lebih ramai org utk sokong mamat/minah nih. Baru la dier bley pi sampai peringkat akhir"

Dan bila duit dah byk di taburkan utk meng AFUNDI peserta tersebut, bila kering air liur menjaja nama peserta tersebut, dapat la peserta tersebut pegi ke peringkat akhir. Dan bila peserta tersebut dinobatkan sebagai juara, maka tersenyum girang la penyokong² nya tanda puas. Maka berakhir lah satu season AF. Peserta tersebut mendapat kontrak berjuta², kete sport seketul, rumah sebijik dan lain² hadiah manakala peminat² nya mendapat bil² yg bisa memberi kejutan kepada jantung. Adil bukan????

moja: AFUNDI???? boley blah !!!!

Tuesday, January 9

Pantun Memantun Part II

# Layan la plak main pantun²

Kali nih pantun pasal otromen lak.

Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur resakse di'fire' otromen
otromen yg baik dikenang jua

Dua tiga resakse berlari
Maner nak samer resakse Kero
Dua tiga otromen boleh kucari
Maner nak samer otromen Taro

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo otromen dirikan
Kalau sungguh itu keje resakse
Badan dan kepala dier otromen 'fire'kan

Buai laju-laju
Sampai pokok sena
Apa dalam baju?
Ader lampu merah nyaler²

Mengata dulang paku serpih
Dah boley fire, lawan plak lebih²

Sudah geharu cendana pula
Sudah kalah di'fire' pula

moja: mmg sah aku takde keje skang nih hahahahahaha

Saturday, January 6

Pantun Memantun

#Tetiba terasa nak layan pantun lak.......

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan ko ni
Jarum patah pun ko simpan dalam peti

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau ko berani kejarlah kucing tu
Mesti ko kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Jeans En. Yahya, si pencuri yang sapu (aku melawak je nih Yahya, ko jgn amik ati lak)

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Takde rotan, akar pun berguna juga
Takde rotan, penampar pun berguna juga

Sekian saje sesi berpantun kita. Next week kita main pantun² lagi


moja: tak sangka aku tau berpantun

Copyright © 2005-2010 Moja's World | All Right Reserved
Best viewed with Internet Explorer 6 and above, Firefox 3.0 and above
Last Modified: February 10, 2010