Tuesday, July 29

Siri Bercakap Dgn Moja

Hmmmm.....last aku tulis blog nih lebih kurang 9 bulan yg lepas. Giler lama arrrrr, kalah aku ada wife time tu dah wife aku kebetulan pregnant, dah nak dekat bersalin dah pon. Di sini jelas menunjukkan yg aku mmg la seorg yg pemalas bila sampai ke bab menulis nih (menulis shj, bab lain aku rajin hahahahaha)

Jadik utk series comeback yg ke-sejuta kali nyer nih, aku berkira² nak menulis dgn mode serius. Oleh kerana kita berada dlm mode serius, tajuk post kali ini lebih kurang begini:

Bercakap dgn Moja (tajuk ala² buku cerita seram sekitar tahun 90-an dulu)

Aku bersembang dgn kwn talian aku smalam. Mcm² soklan yg member aku tanya.

Q: Ko dah makan lunch?
Q: Ko tanak main bola ke Jumaat nih?
Q: Kat mana nak beli lesung batu? (haaa, yg nih aku yg tanya, jadik sila abaikan)

Sume soklan² tu enteng /gampang /mudah banget /soklan mudah utk dijawab. Mcm² jawapan aku bley kasi. Sebagai cth, soklan pertama. Aku bley je jawab aku belum makan lunch dgn harapan member aku akan mengoffer aku utk pi makan bersama dier (dibelanja, bukan aku kene bayar sendiri). Sebab aper aku cakap senang nak jawab soklan² camtu? Sebab soklan² camtu amat kacang utk aku gorengkan atau bahasa kasarnya senang aku nak kencing (kan aku dah cakap, bahasa nih agak kasar serta lucah sedikit bunyiknya)

Tapikan................

Cam tak best la plak cite serius² nih. Kita tukar topic lain. Aku rasa aku nak cite pasal trip aku pi Bali la. Terima kasih kpd mak mertua aku kerana sponsor trip nih (iklan ini ditaja oleh Kedai Ikan Lalapan Tepi Jalan). Kenape muka ko kerut² bila aku cakap mak mertua? Asal? tak percaya aku dah ada mak mertua? hahahahhahahaha

6 hari aku kat sana, balik² je dah mcm anak *tut* (word ini terpaksa disensoredkan kerana sensitivi kaum). Golap bona kulit aku, sunbeam sunburn tak ingat punya. Itu pun sib baik aku tak pi baring tepi pantai bukak² baju cam mat salleh pahlawan Sabah, kalau tak lagi la gelap cam negro hahahahaha.

Kenapa aku suka pi Bali: <---- ayat cam dah pi 8 juta kali je hahahaha

1. Gurami bakar
2. Hotel dier murah
3. Bley main water ski walaupun aku tak pandai main
4. Pantai dier best
5. Gadis dier comey²
6. Bla bla bla

Tapi kan, aku agak kurang berpuas hati kat Bali nih. Org² kat sini suka kerumun tourist utk jual barang² diorg. Pening giler aku kene kerumun camtu. Cam ada sorang budak nih, time tu kitorg pi mandi waterfall. Sepanjang jalan budak nih follow je kitorg paksa² beli barang dier. Siap buat suara sedih²

"Belanja yaaa, cuma Rp1000 aja, buat bekal sekolah esok yaaaaa"

Bila aku cakap tanak, dier follow je aku sampai la nak keluar dr kawasan tu. Siap cakap aku kedekut lagi (Kocik² dah pandai kutuk² org, beso sok tatau la jadik aper). Tu tak kira lagi ada budak pompuan kecik. Sama gak perangai, tinggal lagi tak cakap aku kedekut je. Tp budak pompuan nih siap pow wife aku (yaaaa....aku sudah kawin, jadik kpd gadis
² diluar sana anggap je la kita takde jodoh hahahahaha) nak masuk toilet.

Tp yg paling bestnye, aku balik² je M'sia torus demam. Tak pasal² Isnin tu kene MC. Yg lagi best tu, ari Selasa masuk² je opis sume senyum² kat aku. Apo sonyum²? Korang ingat aku tatau aper korang pikir? hahahahahahaha

Moja: <------- Sudah ada wife

0 Org Dah Pangkah!:

Copyright © 2005-2010 Moja's World | All Right Reserved
Best viewed with Internet Explorer 6 and above, Firefox 3.0 and above
Last Modified: February 10, 2010