Rewind balik kira² 6~7 tahun yg lepas..............
Nama aku Moja. Aku adalah salah
Tp, kami pedulik hapa?
Ape sgt la kata² carutan dr korang kalau nak dibandingkan dgn kepuasan membawa moto² yg telah dimodified sesedap rasa yg bisa mencapai kelajuan mengatasi cahaya (aku tipu je nih) membelah mlm dgn disaingi perempit² lain. Ah.....indah betul saat itu.
Tp....aku bukan nak cite pasal keseronokan merempit nih. Aku nak cerita pasal aper yg terjadi kat aku smalam. perlu diingat di sini, aku adalah mangsa yg tidak bersalah dlm kes ini.
Mlm tadi aku bwk moto kesayangan aku pusing², sekadar utk memanaskan engine. Ye la....engine kene selalu dipanaskan, kalau tak cukup kepanasan dier cemana nak perform kan? Sedang aku bersuka ria beramah mesra bersama moto aku, tetiba kedengaran bunyik siren dr arah belakang. Bila aku toleh je, kelihatan enchek otek sedang melambai² di atas kuda putihnya kearah aku...isyarat menyuruh aku berhenti di tepi jalan. Hoh......gile hapo nak berenti? dah la aku tak bwk lesen....nak mampos kene saman? Saman yg kene bulan lepas pon aku tak settle lagi.
Memikirkan kondisi pocket aku yg agak kurang hensemnye di kala itu, maka dgn lafaz Bismillah aku pulas throttle sekuat hati. Cubaan nak melarikan diri nih. Otek tu bila dah tgk aku pulas throttle, dier pon henjut kuda putih dier. Aku cilok ke kiri, dier cilok ke kanan. Aku layan corner cecah lutut, dier layan corner cecah telinga. Aku buat up tayar depan, dier up tayar belakang. Kira²nya sengit la perlumbaan antara otek tu dgn aku.
Sekali aku nampak peluang masuk highway federal. Takde pikir byk aku masuk highway & pulas throttle sekuat hati serta meniarap di atas motor ala² superman.
Sedikit tips dr bekas mat rempit:
"Korang kene buat stail ala² Superman kalau nak laju, baru bley potong angin. Nak lagi best, make sure badan korang selari dgn seat korang. Takat 160kmh takde masalah la"
Berbalik pada cerita:
Di kala aku tgh sedap² menyupoman tu, tetiba selamba je otek tadi lalu sebelah aku dgn kuda putih dier sambil berkata:
"Dah abis pulas throttle dah?"
Hoh......satu kata² penghinaan tu. Tanpa pikir byk, aku kembali ke posisi normal memandangkan technique memotong angin aku tidak berjaya. Dr highway tu aku masuk ikut Batu 3 menghala ke arah kilang² di sana dgn harapan aku bisa mengunakan lokasi kilang² tersebut yg berselerakan sebagai advantage point aku. Ye la....kalau dah superman pon dier bley selamba kejar, aper la sgt kan takat nak tangkap aku skang kan?
Aku masuk ikut jln² kilang tu, cilok sana cilok sini. Masuk jalan sana keluar jalan sini. Berpusing² aku dlm area tu. Sekali aku nampak satu opening.......
Aku buat² slow down moto kunun² nak menyerah diri la. Otek tu pon ikut slowkan kuda putih dier. Sekali dah nak dekat tu, aku pulas balik throttle aku. Aku berasakan otek tu mesti terkejut dgn tidakan aku kerana dier seakan terkedu. Aku masuk ikut jalan depan kilang pampers, nyuruk kat belakang pondok guard kilang tu dan matikan engine moto. Senyap je suasana tika itu. Sekali otek tu melintas betul² depan pondok guard tu menghala ke hujung jalan. 5 minit, 10 minit dan setelah 2 btg rokok habis, masih lagi senyap. Takde plak kelihatan otek tu. Takde pikir byk, start moto cabut balim umah ikut jln dlm. Sampai je umah buat muka tak bersalah masuk bilik dan lepak atas katil. Tetiba aku terpikir, kalau aku dpt cakap cenggini kat otek tu kan best:
"Dah abis pulas throttle tu kejar saya tok? hohohohohohoho"
Moja: aku dah insaf......
1 Org Dah Pangkah!:
aku rasa waktu dan saat inilah masanya yang sesuai untuk kau buat entri pasal BOLA! hahaha serius!
Post a Comment