Mlm tadi aku kene kacau ngan hantu kat opis. Serious gile, kalau aku pikir² sampai skang masih terasa keseramannya.
Sedikit info:
"Hantu (tulisan jawi ﻮﺘﻨﻫ) pada asasnya terbahagi kepada dua jenis, iaitu:-
- Merupakan sejenis kewujupan tanpa fizikal seseorang yang mati. Ianya sering dianggap sebagai roh atau semangat seseorang yang kekal di bumi selepas mati. Menurut sesetengah sumber, hantu merupakan personaliti seseorang selepas kematian mereka, dan tidak terikat secara langsung kepada semangat atau roh. Setiap kebudayaan di dunia mempunyai cerita hantu tersendiri, tetapi ia berlainan menurut masa dan tempat, dengan percanggahan mengenai apakah hantu dan samaada ia adalah khayalan atau sebahagian alam semulajadi.
- Merupakan sejenis makhluk alam ghaib yang wujud dalam alam yang berlainan dengan alam fizikal manusia. Menurut Islam, roh orang yang mati tidak lagi tinggal di bumi, oleh itu hantu adalah jin yang mengganggu manusia."
Flashback........
18 Dec 2006, 1830
hmmm.....dah abis pon opis hour. cadang nak balik tapi ader keje lagi la plak nak buat. part menyetelkan masalah org yg aku tak gemar sgt nih.
18 Dec 2006, 2000
aik.....asal aku sorang je yg tinggal kat dlm opis nih???? zul pon dah berambus, siot. kencing kuat la mamat tu, kata nak stay back lama lagi. dah ada "seruan" la tu. lantak ko la.....baik aku settlekan keje aku nih. padamkan sume lampu, tinggalkan lampu bilik aku je. perghhhhhhhhhh...tenang sungguh bekerja bila takde gangguan org lain.
18 Dec 2006, 2130
aiiiiii......mcm² bunyik lak aku dgr kat luar bilik aku nih. ahhhh...persetankan la sume tu. asal jgn "die" muncul kata hai kat aku sudah. mau berbuih mulut aku kang. (semasa kejadian nih, aku dah start baca memacam, eventhough aku tatau betul ke tak apa aku baca tu)
18 Dec 2006, 2300
hadoi.......makin rancak lak bunyik² tu kedengaran. hati dah mula tak sedap nih (chait.....cam tau² je hati aku sedap ke tak) ala "korang", nak main bunyik² pon main la kat opis lain. bukan ader mende pon kat opis nih. Pi la kacau opis Bad kat tingkat 14 tu, lagi ramai org. kacau aku buat aper?
18 Dec 2006, 2310
syukur.......dah senyap pon "korang" eh. dah pegi opis Bad la tu kot. bagus gak, pi la lepak lelama skit kat opis Bad tu.....biar mulut diorg berbuih skit (hahahahahaha, gila jahat aku nih). aik......asal aku dgr cam org panggil nama aku lak nih. sudah.........semacam je suara memanggil tu. nak pi siasat ke tak???? alamak, makin kuat la plak......tabley jadik nih. packing barang trus cabut la.
Note: time nih aku takde tgk kiri kanan pon. swipe card trus naik tangga pegi tpt parking.
18 Dec 2006, 2320
Yang msg. tanya aku on the way nak balik umah ke? mmg aku on the way nak balik umah pon dgn kelajuan kete 140 km/j. rasa cam kimi raikkonen lak hahahahahaha.
18 Dec 2006, 0015
burppppppppppppppp......Alhamdullillah. kenyang pon makan
Tamat flashback
moja: serious aku tanak stay back sensorang lagi pasnih
3 Org Dah Pangkah!:
"diorang nak berkawan ngan hang la tu..hang kan ensem..." hahahah
hantu opis lama ikut kau la tu...
to biskutkering:
apa plak.....antu lain geng nih. maybe geng 606
to asriey:
saya tau saya hensem serta kacak bergaya......hahahahahahaha
Post a Comment