Thursday, November 9

Post di Kala Angin Satu Bdn

aku tau aku dah create post utk hari nih tadi....mesti ko cakap "hapo arrr......sehari sampai 2-3 kali post, nampak sgt dah takde keje". hmmm....mungkin gak ko betul ataupun mungkin gak bila aku tgh angin, idea utk menulis menusuk² ke dlm otak aku pada yg dasarnya tak segenius Albert Einstein, tak sekelaka Jerry Seinfield dan tak segila + bodo Charles Darwin (mmg giler mamat nih tau). Otak aku hanya la seketul mende yg berketul² di permukaannya tp berselirat neuron² di dalamnya yg berada betul² di atas tulang belakang dan hanya disambungkan oleh seketul mende yg di panggil modula oblongata.

Ptg tadi aku betul² berasap ngan Big Boss Itik. Kenape? Usah ko tanya kerana pertanyaan ko itu hanya akan aku jawab dgn senyuman yg dibuat² bagi mengaburi mata ko yg pada aku takde gunanya kerana aku sendiri mempunyai mata yg aku rasa agak cantik sedikit dr mata ko (Yang, sila ignore sentence nih. mata u still cantik lagi dr mata i ....serious !!! )

Utk post kedua ari nih, aku nak cite pasal tikam. Ko tau ke tikam aper yg aku cakap nih? Bukan tikam perut ko, definetely juga bukan tikaman jauh ke sudut hati. Kuih lompat tikam pon bukan gak.

Definasi tikam:

"Tikam adalah salah satu cabang judi yg amat popular di kalangan kanak² sekitar tahun '70-an, '80-an, dan early '90-an.
Permainan ini memerlukan pemainnya mengoyak nombor pada papan tikam, kalau kena....mcm² hadiah bakal dimenangi. Papan tikam mempunyai bermacam² design. Ada gambar Red Indian, Jackie Chan, Superman, Thundercat, Kungfu Mabuk, Buah-buahan, dan macam-macam lagi
" - Encyclopedia Judi Edisi Ke-8

Q: Ko penah ke jadik tokey tikam nih?
A: Aku lebih berjaya sebagai pelanggan berbanding menjadi seorg tokey tikam

Q: Adakah kita memerlukan lesen utk menjalankan perniagaan ini?
A: Tiada lesen dikeluarkan oleh pihak kerajaan utk perniagaan ini. Jadi jawapannya "Tidak"

Q: Bilakah masa yg sesuai utk menjalankan perniagaan ini?
A: Member aku (bekas tokey tikam yg berjaya) kata time yg afdal adalah dibulan puasa

Q: Ape kah hadiah yg paling best ko menang time main tikam?
A: Aku menang 1st prize hadiah tikam tu

Q: 1st prize? bley eloborate skit tak?
A: Aku menang hadiah singgit. syiok wooo feeling dier. Rasa cam dah menang sejuta ringgit je time tu.


Q: Tokey² tak takut kene tangkap ngan polis ke?
A: Keuntungan mengatasi segalanya. Yg penting teknik menjual tu penting.

Q: Teknik menjual?
A: Kwn aku dulu atas meja jual kuih, bwh meja jual tikam. Teknik samaran tu yg penting.


Q: Kata² terakhir utk reader blog nih?
A: Sape ader lagi papan tikam tu kasi kat aku. Saje nak buat collection


moja: Terkenang zaman² penikaman dulu.....syiok nye la time tu

0 Org Dah Pangkah!:

Copyright © 2005-2010 Moja's World | All Right Reserved
Best viewed with Internet Explorer 6 and above, Firefox 3.0 and above
Last Modified: February 10, 2010