Monday, June 25

Gud Bai Mai Pren

Ini hari sedey skit sebab our talisman dah pindah club. Pasnih tak leh la tgk kelibat abg Henry lagi huhuhuhuhu. Abg Henry, thanks for showing us how beautiful this game is. We will miss u a lots. Once a Gunners, always a Gunners. Kapishhhhh.....

"Jgn risau, aku tetap seekor Gunners", Kata Henry kpd teammates nya.




Moja: We can still win the EPL even without King Henry

Tuesday, June 12

Terkonang Time Kocik² Dulu: Season One Finale

Sape suka tgk cite cartoon? cartoon yg aku maksudkan di sini adalah cartoon yg bebas dr unsur² kelucahan yg melampau, tak menyentuh soal² politic, senang cite bukan beratingkan 18sx, PG13, 18PL & terma² yg sewaktu dgnnya.

Time kecik² dulu, aku suka giler tgk cite cartoon. Waktu tu (tahun 80-an) cartoon² nih byk dr jepun, us dan tak ketinggalan cartoon Sang Kacil dgn Buaya terbitan Filem Negara. Cartoon yg agak top time zaman² tu ialah Thundercats, Voltron, Satria Baja Hitam (baja hitam???? cam takde nama lain nak taruk) Gaban, Transformers dan jugak Simba si singa putih. Ini bermakna pada zaman itu masih belum wujud lagi cartoon² seperti SpongeBob, Digimon, dan kalau tak silap aku, cartoon network pon blom ada lagi.

Yg (bukan Yang g/friend aku tau) ada time TV1, TV2 dan TV3. TV3 pon tak sume org dapat, salah satu tempat yg tak dapat TV3 adalah kg en.boss. Tu pasal en. Boss layan cite Big Foot je hohohohohoho. Ko penah tgk cite Big Foot? en. boss kata dier penah tgk & cite tu adalah cite kesukaan dier. Aku rasa en. boss tipu aku je, sebab dr 2-3 org yg aku tanya, sorang pon tak penah tgk cite tu. Ini bermakna en. boss cuba menipu aku (jahat en.boss nih)

Sebab minat sgt ngan cartoon Transformers, aku penah berangan² nak jadik sebijik Transformers. Transformers yg aku nak jadik adalah Transformers kete (tgk Yang, I mmg dr kecik dah minat kete). Cuma yg jadik masalah aku takde idea nak pakai nama Transformers aper. Tu je yg menghalang niat suci murni aku. Kalau tak, skang nih mesti ko kagum tgk aku bley bertukar menjadik seketul kete hahahahaha.

moja: Sape ada idea utk nama Transformers aku?

Thursday, May 31

Kemandoman Bermula

Ari nih Yang dah pi europe. Tinggal la aku sensorang kat sini. And for the next 12 days, aku rasa aku akan jadik mandom je. Senang citer cam zombie la. Jadik kalau ko rasa ko ada cara nak menghiburkan hati aku nih, jgn malu² kasi tau aku. Berkemungkinan besar ko akan berpeluang utk memenangi seketul TV Plasma dr aku (kunun² nye la)

Note: Yang, if you can read this....I can tell you that I oledi miss u laaaaaa

Moja: ticket pi europe baper sen eh?

Friday, May 25

Satu Post Yg Merepek

Hati rasa tak best. Badan rasa cam takde tenaga walaupun dah tido tak ingat dunia. Makan skit² je, maybe sebab aku dah perasan perut aku sudah agak ke depan skit (baca: buroi). Kepala asyik plak pening² je sepanjang minggu nih. Kalau ikut cakap org² tua, nih tanda² berbadan dua. Tapi since aku bukan kaum hawa & belom berkahwin, maka bley ditolak mentah² cakap itu org² tua.

Ader org cakap blog aku asyik merapu je. Takde info yg bley dpt, takde kebaikan, takde mende yg dier bley amik iktibar bila baca post² aku yg merapu tu. Siap email aku kasi tau tu.......then atas sebab kemanusiaan, aku pon balas email dier lebih kurang camnih:

Kehadapan En. P,

Terima kasih sebab antar email kat saya. Saya amat menghargainya, at least saya tau ada umat yg baca blog bodo saya nih.

Dlm email enchek, encheck kata blog saya nih merapu je lebih. Takde manafaat kat reader. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih di atas comment enchek tu. Encheck juga ada kasi 2-3 soklan utk saya jawab. Since saya tak suka menghampakan org, saya jawab la soklan² encheck tu.

Q: Kenapa post² ko merapu je?
A: Aku punya blog, suka ati aku la

Q: Sebab tak dtgkan faedah, asal ko tak tutup je blog nih?
A: Sebab blog nih aku punya, dan seingat aku, bill internet aku yg bayar, suka ati aku la.

Q: Apa sebenarnya point ko buat blog nih?
A: Tempat utk aku berkata², melepaskan suma perasaan aku, tempat utk membuktikan yg itik (baca: org biasa) juga bley berkata².

Ape yg korang pikir bila tgk org sakit? Kesian, rasa simpati, kene layan elok
². Aper plak yg org sakit tu pikir bila dier sakit? Oh, aku sakit. So org kene layan aku elok² (nih sesetengah org sakit je tau, bukan semua). Well, adakah kerana ko sakit...ko boley marah org, maki org, carutkan org sesuka hati ko? Adakah kerana ko sakit, org kene bersabar ngan aper jugak gomelan ko, carutan ko, makian ko? Adakah kerana ko dlm kesakitan, ko bley channelkan kemarahan ko pd org yg amik berat kat ko dan since org tu amik berat kat ko, dier akan tahan saja kesabaran dier? Ko ada otak, so pikir sendiri.

Btw, post nih aku tulis dlm keadaan kepala yg pening giler, badan yg takde tenaga, otak yg penat & hati yg tensen. Since ini menunjukkan aku dlm kesakitan, ko kene tahan saja ngan gomelan, makian, carutan dan aper saje rasa ketidakpuasan hati aku since org sakit is always right.....at least it's true when it happens to you.

moja: Pada En. P, kalau ko rasa blog aku takde pekdah kat ko....adalah lebih baik bagi ko jgn baca blog nih lagi sebab aku takkan ubah cara aku. So get use to it.

Tuesday, May 8

Roti Mut-ték Wunne, Vetti²

Last weekend ader sesi ngeteh sama megat kat section 7. Ader la dekat 6-7 bulan tak pi ngeteh kat sec. 7, dah mcm² ada. Ada kedai kete, ader kedai mamak, ader kedai jual perabot, ader kedai potostet, ader kedai beskal dan tak lupa jugak kedai snuker, erk......maksud aku kedai riadah (FYI, i tak main pon snuker ari tu Yang). Yg aku nak cite kat sini bukannye pasal kedai² yg ada kat sec. 7 tapi aku nak cite pasal layanan yg aku dpt kat kedai mamak yg bernama *tut*.

Rewind balik ke weekend lepas......weeeuuuuuuuuuuuuuuuuuu (harap maklum, ini adalah bunyik tape sedang direwindkan)

moja : kat maner nak jumpa nih?
megat: Kedai *tut* sec. 7 la.... senang skit.
moja : wokei, lagi 15 mins aku sampai.

Aku sampai betul
² lagi dlm 15 mins, siap ader belen 3 mins lagi dr masa yg dijanjikan.....ternyata aku tergolong dlm golongan yg menepati janji, jadi jgn takut utk membuat janji ngan aku (cubaan utk menipu korang). Hoh, seperti yg aku jangkakan, mesti si megatron (nama lain bagi enchek encik megat) nih tak sampai lagi. Yg anne kat kedai *tut* nih plak takde perasaan nak amik order kat aku ke? mau meniaga ka tamau meniaga??? Lepas penungguan (takde kene mengena ngan Penunggu Hutan @ lain² Penunggu) aku selama 1/2 jam, sampai gak mamat tu. Aiiiii.....senyum² plak cam takde perasaan bersalah. So since dier dah sampai bley la start sesi sembang², al-maklum la....dah 8 juta tahun tak jumpa (hoh, lagi satu cubaan utk menipu korang).

Aku rasa dah lama kitorg sembang
², tp anne² kat kedai nih buat bodo je. Tanak amik order ke diorg nih? Tekak dah kering nih lantaran persembangan yg amat byk antara aku dan megat (8 juta tahun tak jumpa kan). Senang cite rasa cam dah nak mati kehausan la (lihat bagaimana aku memanipulasikan perkataan utk menunjukkan seolah² bende tu nampak serious).....tambah pulak cuaca yg amat panas time tu. Perlu diingat di sini, aku dah megat bukan la seperti unta di padang pasir yg buley bertahan tanpa air dlm satu jangka masa yg lama. Kami juga bukannya biawak padang pasir yg buley menyuruk di bawah pasir utk menghilangkan rasa panas. Last² megat panggil satu anne yg kelihatan agak rilek. Ngan mulut pot pet², anne tu dtg. Agaknye dier marah kot kitorg ganggu dier rilek. Aik.....org nak kasi kedai ko kaya lagi ko bising²? Aku rasa mesti dier tak ikhlas amik order kitorg pasal pas amik order tu, pot pet² mulut dier. Ntah hapo ntah yg dier carutkan pon aku tatau. Takde lain tu mesti cakap pasal kitorg la tu (aku kan mmg suka berprasangka buruk) Nih bley mendatangkan marah nih.

Pas anne tu dah blah, aku pandang muka megat, megat pandang muka aku balik. Aik, cam aku tau je aper yg ader dlm otak ko tu megat. Apo laie, jom buat balik perangai time skolah. Takde pikir byk trus kitorg blah, lantak la ngan pengorderan yg kitorg dah buat tadi.Tinggalkan RM2, trus cabut. Pedulik hapo kitorg. Makan kat KFC tepi highway tu lagi best. Musti anne tu angin sebab dpt RM2 je, sebab kalau ikut calculation aku...harga mende
² yg kitorg order tu ± RM10. Padan muka ko hahahahahahaha (ketawa seperti syaitoooooon)

moja: RM2 tu kira cam fee kitorg duk kat kedai ko la anne.

Tuesday, April 3

The Unfinished Post

Aku suka menulis dlm blog. Bila aku menulis, aku bley jadik sesiape saje yg aku suka. Aku bley jadik Aristotle, aku bley jadik Superman, aku bley jadik seorg perdana menteri, aku bley jadik Jimmy Neutron dan tak mustahil aku bley jadik SpongeBob Square Pant (I tau u mesti tersenyum² kecil membaca statement nih Yang) Sebab byk sgt mende yg aku tulis, kengkadang aku tak abiskan post tu....kira cam post yg tak complete a.k.a unpublished post. Tadi saje² bukak blog, cadang nak submit satu post baru. Tgk² ada unpublished post....so dr aku buat post baru, baik aku publish unfinished post tu. At least ko mesti ingat yg aku takde la semalas yg ko sangkakan......

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tajuk Post : Otak???? Hotak ko la.......
Released Date : Supposed to be on somewhere in Feb 2007
Reason for Unpublished Post: Post berbau politic....so malas nak continue type

Pagi nih rasa bosan giler. Dah la sangkut dlm jem utk ke-8 ratus juta kalinya (lihat bagaimana aku cuba menipu ko) Serious laaaa......baper byk productivity yg ilang hanya kerana seseorg tu sangkut dlm jem. Di waktu otak yg masih segar + badan yg penuh bertenaga, seharusnya semua itu digunakan di opis....membuat keje, bukannya duduk terperangkap di dlm jem. Tol² bayar mahal², tp sangkut gak dlm jem.

"Tarak apa, kalu itu jem masih berlarutan...kita akan buat new highway jugak. Ini semua utk rakyat juga, jadik rakyat terpaksa membayar tol utk menampung kos² membuat ini highway"

Chait......poodah la ko. Ko jgn nak cakap ungele ungele eh. Skit² tol tp yg aku tgk, jem still camtu gak. Dey, bila ko mau berenti hisap darah raktyat arrrrrrr...........Bila time pilihanraya, janji tu la janji nih la. Dah menang, mengabihkan duit rakyat ke keje ko. Project sana, project sini.....tp last
² kitorg gak yg kene tampung sume expenses tu. Cisssss.......................

Kalau ikutkan hati, lama dah aku upah mafia Italy....tp pikir aku lak takde duit. Cemane aku nak ada duit, sume duit dah buat bayar tol, bayar income tax, bayar bill hospital kerajaan, bayar duit project mega korang, bayar duit minyak......

"Kos minyak kita adalah antara yg terendah di Asia. Bila byk duit yg kita dpt save, byk sikit pembangunan yg dpt kita buat"

Cisssssssssssss lagi sekali, byk la ko punya terendah. Bukan kita ada minyak sendiri ke? Minyak sendiri pon nak jual mahal ke? Ape? Ikut harga minyak dunia???? Dey.....minyak dunia pon dah turun harga laaaaaaa, lagi mau kencing ka? Byk la korangnyer pembangunan, yg aku tgk last
² duit kitorg gak ko sedut. Aku rasa

------------------------------------------------------------------------------------------------

Moja: Byk lagi stock
² unfinished post nih. Nampak cam aku tak istiqamah menaip lak kengkadang

Thursday, March 15

Amuk????

Nih adalah post yg ke-4 utk bulan March nih. Rajin plak la aku tulis² blog nih. Cam ada satu mende mengusik² jari jemari aku nih utk menari² di atas keyboard sambil otak ligat memikir aper yg aku nak type.

2-3 menjak nih, selalu sgt org menguji kesabaran aku. Bukan sekali dua, berkali² diorg uji.....sampai ada masanya aku rasa cam nak explode. Serious woooo.....rasa cam nak explode je. BTW, perlu diingatkan disini: explode yg aku maksudkan bukan nye meletup cam letupan bom nuklear ataupun letupan meriam buluh time raya. Sama sekali tidak ada kene mengena dgn letupan² yg kedengaran semasa ko cuba mematah² kan jari jemari ko.....speaker sony explode pon bukan (errr Yang, b'day present tahun nih I nak full set speaker sony explode bley?). Senang cite, explode disini bermaksud aku rasa cam nak mengamuk.

Seingat aku, aku bukan la jenis org yg senang nak merah marah, angin @ mengamuk. Kalau tak caya cuba tanya kengkawan aku. Serasa
² aku, ader la 2-3 kali je aku mengamuk sejak² usia meningkat nih. Cemane punya marah pon aku, aku mesti tersenyum je......buat cam aku tak marah. Is that a wise decision? ntah la.....

Cakap pasal mengamuk, teringat memula aku dtg keje kat opis baru nih. Tak sampai 2 bulan dah gaduh ngan orang. Siap cekak
² leher baju tu......time tu penumbuk dah siap angkat dah, tinggal nak hayun je. Kiranya time tu org yg aku nampak depan aku tu bukan collegue lagi la.....aper yg aku ingat, time tu aku cuma nampak sorang musuh yg aku kene eliminate. Mmg cepat tul setan counter aku time tu. Agak² nya, kalau aku hayun gak time tu....musti aku dah keje tpt lain time nih. Aku rasa itu la 1st time aku hilang kawalan semenjak aku keje.......childish sungguh. Abis ilang senyuman aku time tu, sampai org nak tegur aku pon seram hahahahahaha.

Azam utk hari nih dan esok
² nya: Tanak marah², nak senyum selalu & nak beli laptop baru.

moja: Aper kene mengena senyum ngan beli laptop lak???? pelik
²
Copyright © 2005-2010 Moja's World | All Right Reserved
Best viewed with Internet Explorer 6 and above, Firefox 3.0 and above
Last Modified: February 10, 2010