Sekor²nya kucing yg paling kerek but in the same time paling manja, wonderful, adorable, pretty, chubby and the most thing the best companion to my wife
Miss Cat
Age: 13~14 yrs old
Deceased: 7:30pm, 26th Nov 2009
Moja: walaupun ko kerek dgn aku, aku ttp suka dgn ko
1. Never eat a too spicy food while your stomach is empty 2. Nasik kandar kuah campur + tom yam sotong = bad combo 3. Trip to toilet + every ½ hour + fully occupied toilet = nightmare while awake
moja: tengkiu la anne for giving me the best diarrhea today.......
Apo laie nak dikato? Band nih mmg dah tahap otai dah nih......meremang² bulu roma aku dgr lagu nih persis ada pontianak di belakang sedang meniup² leherku hahahahaha
Bersembang dgn member yg dah lama tak jumpa mmg best. Tp bersembang dgn member yg dah lama tak jumpa tp tetiba nak jumpa sebab nak racun ko join MLM mmg tak best, silap² bley si member tu bley kene carut balik oleh member yg dier nak jumpa tu.
Dulu aku ada seekor seorg member yg mmg hardcore porn menatang MLM nih. Siap buat loan bank semata² nak start big. Masih aku ingat lagi kata² pertama dier bila dier join MLM nih:
"cukup je 6 bulan aku buat MLM nih, aku nak kuar kete CLK baru"
Whoaaaaaa.......mmg hebat cita² ko. Aku mmg suka org yg optimistic cam ko ni, jarang² ada melayu yg berpikiran positive camnih.
2-3 bulan pastu, mamat nih call aku ajak jumpa. Saja nak jumpa bertanya kabar berita, begitu la kata² manis dier. Ingat kan niat tu ikhlas, rupa² nya ko ajak jumpa sebab nak suh aku join MLM ko tu....siap bwk 2-3 org lagi tokan² ko utk men"gangbang" aku supaya join. Dan bila aku tanak join, kenapa perlu ko bermasam muka siap ko berkata:
"Bila aku dah kaya nanti, ko jgn menyesal pulak"
Dgn muka cynical & sarcastic seolah² seperti aku sudah membuat satu dosa besar dgn ko? Pelik bukan?
Last time aku jumpa dier, kira² sebulan yg lepas takde plak kelihatan CLK baru. Masih lagi bermotor kriss berkaler biru mati, dtg memerlukan pertolongan sebab bank dah carik. Sempat aku bertanya:
Member aku forward kat aku berita nih. Cam hampeh pon ada aku rasa.....
****
KEPONG:Orang ramai perlu memasang dekoder dengan anggaran harga RM300 apabila sistem penyiaran digital menggantikan analog diguna pakai sepenuhnya oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, ia mungkin mahal pada peringkat permulaan kerana orang ramai perlu membeli dekoder bagi menonton televisyen tidak berbayar RTMdan tentunya membebankan golongan kurang berkemampuan.
“Namun peralihan kepada sistem digital adalah perlu, selaras dengan perkembangan dan kecanggihan teknologi penyiaran dunia masa kini,” katanya.
Bla bla bla bla...... (menunjukkan aku malas nak sambung baca)
****
Takpe la enchek shabery, saya mmg takde masa nak tgk tv1 sama tv2 pong. Tak reti nak layan kata² ataupon janji² manis yg agak bias kpd satu pihak aje. Rakyat didahulukan? yeah right hahahahaha
moja: RM300 buat main kuda lagi pekdah dr beli decoder tu
Lamo bona dah takdo entry pasal kisah time aku kocik² dulu. Jadik utk tidak menghampakan kenangan² aku dulu, aku sambung lagi utk season 2.
Daun terup melayang² di balik angin
Sapa penah main tepuk daun terup? (soklan nih tak valid utk bebudak skang yg dah ada PS2 bila diorg bukak je mata diorg)
Main tepuk daun terup nih kira cam permainan bermusim la. Dia ada gak musim main galah panjang, musim main tangkap ikan, musim main kombat² dan tak ketinggalan musim bersara dr permainan² ini kerana tibanya musim berkhatan (nih je musim yg bebudak lelaki time tu tak baper gemar)
Cemana nak main menatang nih? Itu soklan sonang yo bai, even bai yg jual roti ptg² naik moto tu tau jawab. Memula, make sure korang ada daun terup. Daun terup di sini bukan la daun terup yg seperti di kasino² Vegas mahupun kasino² dlm ladang getah. Daun terup yg aku cuba perkatakan di sini adalah yg jenis kecik² tu. Sekali beli dlm full set, tak sampai singgit pon time zaman aku tu. Ada mcm² picture kat daun terup tu. Ada gambo ikan, ada gambo GI Joe, ada gambo superman dan yg paling rare skali kalau korang dpt yg jenis gambo bogel (tak silap aku kamal ada satu dulu)
Pas korang dah dptkan daun terup tu, korang kene carik geng² yg korang nampak bakatnya dan bley di bawa ke tgh bakatnya itu. Diorg pon kene ada set daun terup diorg sendiri. Then carik satu tpt lapang dan korang bley start main.
Utk start main, tiap² player kene la taruk kat tgh sejumlah daun terup. Klepetkan skit daun terup tu, pastu tepuk sekuat hati kat depan daun terup tu sehingga ada yg terbalik secara gilir². Masa korang tepuk tu, kalau ada yg terbalik korang bley amik. Then continue sampai daun terup kat tgh tu abis baru start round baru.
Kalau korang tanya aku aper yg best main menatang nih, aku pon tatau. Yg aku tau, tapak tgn aku mesti merah² each time abis main sebab aku suka tepuk kuat². Kunun² sekali tepuk bley terbalik la sume daun² terup tadi. Bila pikir² balik, cam bengong pon ada rasanya hahahahahahaha
Aku ada anak kucing. Anak kucing tu plak ada 4 ekor.
Ko soal : mana ko dpt anak kucing tu moja? Aku jawab : aku jumpa diorg tgh buat cubaan membunuh diri kat area umah mentua aku
berbalik pada tajuk perbincangan kita.....
Anak kucing tu ada 4 ekor, sekor kaler hitam putih ala² panda lagi 3 ekor kaler hitam kelabu. Time balik smalam, sekor dah mati. Mungkin sebab takde kasih sayang mak dier, kesian sungguh. Sungguh aku temper dgn org yg buang anak² kucing tu.
Utk tidak membuatkan anak² kucing yg lagi 3 ekor tu stress dgn pemergian sedara dier, aku taruk diorg dlm kotak yg baru siap dgn kemudahan bergerak dgn bebas (harus diingat, sebelum nih aku tidak membenarkan anak² kucing itu berkeliaran dgn sewenang² nya)
Pagi nih bila aku nak pi keje, cuma seekor anak kucing je yg kelihatan. Penat aku carik lagi dua ekor, tp tak jumpa. Di mana anak² kucing aku????? Damn sungguh pada org yg curik anak kucing aku tu. Kalau aku tau sapa yg curik, aku curik balik anak² kucing tu dr pencurik tu.
There are several things we take for granted in our life. Tu sume sebab the nature of the human itself. We tend to ignore those things when we get it for free, but suffer a lots when we lose it.
It's has been 3 weeks since arwah ayah, mak sama Din meninggal. Sunyi je tgk umah bila balik....terbayang² arwah ayah main² ngan Alia, arwah mak sibuk masak² kat dapur or tgk cerekarama something² ngan arwah Din sibuk dgn baju komunis vietnam dier. Viet Cong kata arwah.
Bunyik mcm terkilan je bang? terkilan? mmg terkilan sgt². Paling aku terkilan skali pasal aku tak sempat nak bercakap² ngan arwah ayah. Sembang² cam org putih cakap aper tu...father and son talking ke hapo ntah. Masing² ego...tanak mengalah. But most of the blame will be put under my shoulder la.
La nih, bila diorg dah takde baru aku tau cemana rasa kosong tu sebenarnya. Sayu betul aku bila aku tgk adik² aku menangis. Sayu betul bila aku tgk bilik tido arwah...sayu betul bila tgk gambar² arwah. Paling aku sayu bila ada kat kubur. Byk aku nak cakap dgn diorg, tp bila kat kubur langsung tak terkeluar aper yg aku nak cakap. Paling aku tak boley tahan bila tgk pokok bunga yg aku beli dgn arwah mak masa x'mas ari tu. Suka betul arwah mak dgn pokok tu....tp tak sempat nak tanam. Makin aku pikir², kenang² makin sayu aku jadik.
Raya tahun nih aku tak dapat nak bayang cemana keadaan dier lagi. Kuat ke aku time tu nanti? Tabah ke aku time tu nanti? Haiiiiiii.....ntah la. Allah saje la yg tentukan karang.
Jgn buat² tak nampak plak gambo beskut kat atas tu eh. Home made tu, fresh dr ladang. Di jamin halalan toyyiban, cuma belum dpt sticker halal dr Jakim je lagi.
Mau order? Type Beskut Choc Chips @ Beskut Mazola, nama anda serta kuantity & hantar ke 019-267-0507, standard telco rate applied.